Menjadi Keg1laan Gadis2, Kenali Siapa Sebenarnya Putera Abdul Mateen, Adik Kepada Putera Azim

Umum mengenali Sultan Hassanal Bolkiah, pemerintah Brunei Darussalam,yang terkenal dengan sikap berjiwa rakyat dan kekayaan baginda. Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa baginda mempunyai seorang putera yang muda, kacak dan bergaya. Dikatakan putera ini telah menjadi keg1laan wanita-wanita di Asia!

Sudah semestinya,ramai wanita yang mengimpikan untuk berkahwin dengan putera raja. Nah! Sekarang mereka berpeluang untuk merealisasikan impian mereka itu. Tapi, layakkah dan mampukah mereka? Hmm…

Merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri Mariam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen lahir tanggal 10 Ogos 1991.

Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University Of London, adalah barisan keenam di dalam senarai pewaris takhta kesultanan Brunei.

Selain pakej utama iaitu wajahnya yang tampan, Putera Abdul Mateen turut memiliki beberapa ciri-ciri lain yang mampu membuatkan beliau menjadi dambaan gadis-gadis di luar sana. Mari kita lihat ciri-ciri tersebut!

1. Putera Raja yang berpangkat Leftenan

Putera Abdul mateen memperoleh pangkat Leftenan selepas mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dimana sudah menjadi ia sudah menjadi kebiasaan bagi putera raja. Kacak, tegap, Leftenan pula. Pakej lah kan. Bertambah la gadis-gadis yang g1lakan beliau.

2. Penyayang, terutamanya kepada keluarga.

Wanita semestinya sukakan lelaki yang sayang keluarganya, bukan? Gambar-gambar bersama keluarganya adalah bukti. Anak ‘mak’ betul!

3. Menyayangi haiwan

Kata orang, kalau lelaki sayangkan haiwan, terbukti dia adalah seorang yang sangat penyayang. Putera Abdul Mateen adalah orangnya! 

Jelas kelihatan betapa manjanya beliau bergambar bersama haiwan-haiwan kesayangannya.

4. Suka aktiviti lasak

Putera Mateen sangat sukakan aktiviti lasak seperti Paragliding dan juga Scuba Diving di mana beliau mempunyai pengiktirafan dari PADI Open Water Course yang membenarkan beliau untuk menyelam sehingga 18 meter di dalam laut. Tak macho lah kan kalau lelaki tak sukakan aktiviti lasak!

 

5. Sukakan selfie

Hah! Yang ni tentu ramai wanita suka. Putera Abdul mateen ni sangat sukakan selfie. Cuba Google nama baginda, tentu banyak gambar-gambar selfie beliau yang muncul.

Rujukan: 5 sebab putera abdul mateen jadi dambaan setiap gadis/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : iluminasi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Menjadi Keg1laan Gadis2, Kenali Siapa Sebenarnya Putera Abdul Mateen, Adik Kepada Putera Azim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*