“Kalau Selepas Bercer4i Dulu Saya Merat4p. Tapi Kali Ini Saya Lebih Gembira – Nonny Nadirah

Kuala Lumpur: “Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibat4lkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.”

Itu kata penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan yang dirancang bersama pelakon, Niezam Zaidi pada Isnin lalu.

Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak p4ksa pun, bimbang nanti ia hanya memud4ratkan. Takkan saya perlu melalui fasa percer4ian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.

“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

“Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah ser1k, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi ibunya, Nonny berkata ibunya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat.

“Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan. Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersed1h. Dia selalu sokong apa saya buat.

“Kalau selepas bercer4i dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira. Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.

Terdahulu, Nonny mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram yang turut mengucapkan hari jadi kepada Niezam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My mission : Be true to myself, Help other people, Become a better me.🦋 . Makeup by @iansham

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Selepas Bercer4i Dulu Saya Merat4p. Tapi Kali Ini Saya Lebih Gembira – Nonny Nadirah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*