Abby Abadi Beng4ng Nak Bagi Bantuan Dipertikaikan, “Burvklah Perangai Mencari-Cari Salah Orang …”

Pelakon Abby Abadi menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menurut Abby, 43, ada segelintir yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini.

“Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu. 

“Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil-kecilan ja,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah Abby, bagi memuaskan hati sesetengah orang dia terpaksa meminta gambar bukti barang daripada individu yang menerima bantuan.

“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah. 

“Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang.

“Dan meletakkan diri di di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa.

“Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian. 

“Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar a1b mereka terjaga.

“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan ja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu.

“Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada babyy kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?” tulis Abby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Darda bangun awal.. Morning Uncles Aunties. Teman Mama memikirkan nasib2 mereka yg tak mampu bekerja dan menncari rezeki saat2 PKPB, PKPD ni. Sian.. tp mampu tlg sikit2 je.. 😘 Sy menolong Lillahi Taala ❤ Sy minta maaf kalau ada yg pertikaikan usaha Sy, kenapa takde gmbr serahan, kenapa takde bukti, kenapa tak macam ustaz ebit, kenapa begitu, kenapa begini . Masing2 dengan cara tersendiri. Takde masalah pun terang terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu. Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Sy kecil, kecilan je. Sy tag haritu IG mereka yg Sy bantu, di cari salah juga.. pergi jenguk satu2, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah.. ni tak tag.. kata mcm2 juga.. buruklah perangai mencari2 salah org.. 😑 Dan meletakkan diri di ditempat mereka yg susah ni, Sy sendiri malu nk minta bantuan sebenarnya tp keadaan memaksa..dah minta, dapat.. ada yg sy suruh dorg hantar tunjuk brg yg dibeli.. Gmbr anak2yg dikirim pun Sy kesian. Tak sampai nak tengok sbnrmya. Jadi Sy tutup semua biar aib mereka terjaga. . Kalau Sy tolong sendiri pakai duit sendiri, mmg Sy diamkan je… tp ni sebab ajak Sahabat2 Sy disini menyumbang juga, jadi Sy bgtau apa yg perlu.. Duit terkumpul memang Sy agih setiap hari. Sy mmg usaha nk cepatkan proses sbb ramai yg putus bekalan terus terutamanya yg ada baby2 kecil, nk mereka bg bukti mcmana baru buleh lulus bantuan? . Jadinya pada yg gigih minta bukti, sy kata tak yakin dgn sy takyahlah menyumbang ye.. bukan banyak pun yg terkumpul. Dan Sy takut pada ALLAH. Takkan Sy ambil duit ni utk keperluan Sy. Yg sudi silakan. Tak sudi abaikan saja post ni ye.. Maafkan Sy sbb tak mampu nk puaskan hati semua orang . Yg sudi marilah WALLET KASIH PKP 26233500041199 Semoga ALLAH redha ,🙏 .

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dalam pada itu, tegas pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, sekiranya tidak yakin untuk menderma seeloknya jangan dilakukan.

“Jadinya pada yang gigih minta bukti, saya kata tak yakin dengan saya takyahlah menyumbang ye. 

“Bukan banyak pun yang terkumpul. Dan saya takut pada ALLAH. Takkan saya ambil duit ni untuk keperluan saya,” tulisnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Abby Abadi Beng4ng Nak Bagi Bantuan Dipertikaikan, “Burvklah Perangai Mencari-Cari Salah Orang …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*