Pilih TikTok platform berdakwah… gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir men4ngis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah – “Mak pesan jaga mana wajib”

SUATU masa lalu, aktiviti dakwah banyak dilakukan menerusi ceramah mahupun kuliah-kuliah agama.

Seiring perkembangan teknologi, ramai yang mula menggunakan platform media sosial untuk melakukan usaha murni itu.

Begitu juga dengan Nur Syazwani Mohd Izwan, 19, seorang gadis berpurdah yang berdakwah dengan cara sendiri menerusi Instagram dan aplikasi TikTok.

Sudah berpurdah seawal usia 14 tahun, dia mahu video yang dikongsi memberi inspirasi kepada gadis di luar sana dalam usaha menjadi muslimah yang lebih baik di sisi Allah.

“Saya dulu belajar di sekolah agama. Masuk pada umur 13 tahun. Pada tahun kedua saya mula berpurdah.

“Niat utama saya sebab nak baiki diri, jadi lebih baik. Saya juga tertarik tengok kawan-kawan yang turut berpurdah.

Wani mula berpurdah seawal usia 14 tahun.

“Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kelima saya berpurdah,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wani, dia mengakui ramai yang bertanya mengenai keputusannya berpudah seawal usia itu.

Malah, dia juga menolak tanggapan segelintir individu yang mendakwa dia berpurdah sekadar untuk mengikut trend semata-mata.

Untuk orang di luar sana yang ada niat nak pakai purdah, jangan fikir kata-kata orang.

WANI

“Soalan yang orang selalu tanya, kenapa berpurdah? Satu cabaran bila orang cakap kita pakai sebab nak ikut trend.

“Kita je tahu niat kita. Keluarga saya pun OK je. Hanya saya seorang yang berpurdah dalam keluarga.

“Mak pesan, solat jangan tinggal, kena tutup aurat dengan sempurna. Jaga yang mana wajib,” kongsinya lagi.

Kata Wani, aplikasi TikTok juga boleh dimanfaatkan sebagai medium dakwah.

Kata Wani, dia juga tidak terlepas menerima kecaman di media sosial.

Pada masa sama, ramai individu yang terinspirasi turut menghantar mesej dan mengajukan pelbagai pertanyaan buatnya.

“Saya memang kongsi video di TikTok untuk beri inspirasi kepada gadis di luar sana. Yang nak kecam seorang dua tu, tak apa.

“Ada orang kata saya pakai purdah, tapi masih mahu dilihat. Sejujurnya banyak yang positif, ada gadis tak bertudung pun mesej saya, kata teringin nak pakai suatu hari nanti.

Antara video yang dikongsi Wani menerusi TikTok.

“Saya rasa terharu, rasa nak menangis. Niat saya nak tolong orang. Kalau ada sesiapa nak mesej saya tanya pasal purdah, saya terbuka untuk tolong bila-bila masa.

“Bagi saya, ia cara saya berdakwah di TikTok. Untuk orang di luar sana yang ada niat nak pakai purdah, jangan fikir kata-kata orang. Saya boleh teruskan sebab saya tak hirau apa orang nak kata,” ujarnya lagi.

Malah kata Wani, dia juga bercadang untuk berkongsi lebih banyak video-video dakwah dan ilmu bermanfaat di TikTok pada masa akang datang.

Menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Wani yang kini berniaga pakaian turut meluahkan hasrat mengambil kursus jahitan pada masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber:Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pilih TikTok platform berdakwah… gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir men4ngis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah – “Mak pesan jaga mana wajib”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*