Neelofa Nak Bakal Suami Boleh Lakukan Perkara Ini Setiap Malam Jumaat “Cinta Tak Mengenal Usia”

Seminggu ini heboh cerita pasal pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dirisik PU Riz.

Habis semua cerita pasal Neelofa dan PU Riz jadi bahan artikel portal-portal hiburan.

Malah ada blogger yang cuba menerbitkan cerita-cerita lama berkenaan PU Riz yang tiada kena mengena dan tidak sepatutnya ditulis semula.

Namun agak menarik untuk diceritakan, sebagai seorang jelitawan dan usahawan terkenal dengan pendapatan dikatakan mencecah jutaan ringgit akhirnya terpikat dengan seorang lelaki yang mula dikenali menerusi program realiti Pencetus Ummah.

Mungkin disebabkan itu ramai yang tertarik untuk mengetahui kisah cinta antara mereka dan bagaimana mereka mula berkenalan.

Perbezaaan umur Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, juga menjadi faktor kisah mereka menjadi topik perbualan.

Neelofa impi lelaki yang boleh beri tazkirah setiap malam jumaat

Sementara itu, bercakap mengenai Neelofa, kakaknya Noornabila berkongsi apa yang Neelofa inginkan dari seorang lelaki yang akan menjadi suaminya nanti.

” Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat.”

Perkara ini didedahkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella yang dimuat naik, hari ini.

Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’

” Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu.

” Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.

Menerusi video sama juga, Rosix berkata, pengacara Next To Neelofa itu seorang yang menepati waktu dan berpegang kepada kata-kata.

” Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’ (tegas).

” Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.

Terdahulu, kisah Neelofa kembali mencvri perhatian apabila sudah dirisik oleh pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz, Ahad lalu.

Perhubungan pasangan itu mulai menjadi sorotan warganet sejak beberapa bulan lalu sehinggalah tindakan Noornabila yang meletakkan emoji ‘love’ pada gambar Neelofa dan PU Riz pada majlis perkahwinan adik mereka menimbulkan persoalan ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Neelofa Nak Bakal Suami Boleh Lakukan Perkara Ini Setiap Malam Jumaat “Cinta Tak Mengenal Usia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*