Abang Mngsa Helikopter Terhmpas Dedah Sesuatu Dalam Whatsapp Dua Hari Sebelum Ini

Terkini, gambar di lokasi kmIangan di media sosial menjadi petunjuk kepada keluarga untuk mengenal pasti mngsa nah4s helikopter terh3mpas di Taman Melawati, Ampang, hari ini.

Menurut Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, abang sulung kepada arwh Mohd Irfan Fikri, 44, keluarga mengenal pasti tangan dan jam dipakai adiknya melalui gambar tular di WhatsApp.

” Saya cam tangan dan jam dipakai arwh tengah hari tadi malah helikopter biru yang kerap diterbangkan.

” Dua tiga hari sebelum terbang, arwh ada memberitahu keluarga di WhatsApp mengenai penerbangan hari ini disebabkan itu saya yakin mngsa terkorb4n mungkin adik saya,” katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPPN) di sini, hari ini.

Mohd Izani berkata, arwh dilaporkan kerap terbang menjangkau seminggu sekali.

” Penerbangan ini sebagai hobi arwh saja, pekerjaan tetapnya sebagai ahli perniagaan.

” Arwh ada menunjukkan lesen penerbangannya sebelum ini, namun saya tidak pasti sudah berapa lama (penerbangan),” katanya yang berasal dari Kelantan.

Katanya, helikopter biru yang diterbangkan arwh antara yang kerap dan menjadi kegemarannya.

Mohd Izani berkata, arwh anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang isteri yang juga guru dan lima anak berusia sekitar tiga hingga 15 tahun.

Katanya, pihak keluarga masih belum memutuskan lokasi pengebumian sama ada di Kelantan atau ibu kota tetapi akan berbincang dengan keluarga yang lain.

Dalam kejadian hari ini, dua helikopter bertembung di Taman Melawati ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, Subang menghala ke Genting Sempah, Pahang.

Selain Mohd Irfan, seorang lagi mngsa m4ut dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56, manakala dua lagi selamat iaitu Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66 dan Tan Chai Eian, 51.

Ini kenyataan pihak polis

Terdahulu polis sudah mengenal pasti identiti empat mngsa yang terbabit dalam kejadian kmIangan helikopter yang menyebabkan satu helikopter terh3mpas di Taman Melawati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mngsa yang m4ut adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

” Polis kini sedang menyiasat kemungkinan ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

” Dua helikopter ini daripada syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah,” katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini memfokuskan kepada punca kem4tian.

Katanya, punca kmIangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : https://www.asiakini.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Abang Mngsa Helikopter Terhmpas Dedah Sesuatu Dalam Whatsapp Dua Hari Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*