Adlin Aman Ramlie Disoal Polis Gara2 Hal Ini

Pelakon Adlin Aman Ramlie mengakui turut terkena tempias Orang Utan apabila namanya turut menjadi sebutan dalam program realiti The Masked Singer Malaysia (TMSM).

Adlin menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya malam tadi, turut memuat naik video Orang Utan selepas didedahkan identitinya di pentas final TMSM.

Bagaimanapun kaspyen ditulis Adlin yang juga biras kepada hos program TMSM, Datuk AC Mizal itu mencuit hati pengikut apabila mengakui dia turut terlibat ‘men1pu’ AC.

Siapa sangka AC sebenarnya dalam diam turut menyangka Orang Utan adalah Adlin kerana dalam diam dia meminta isterinya Emilia bertanya kepada Emelda tentang pergerakan birasnya itu.

“Sorry bro aku terpaksa berlakon dengan kau buat kau confused. Berminggu minggu pulak tu, sampai kau suruh Emy check kat Mel aku kat mana.

“Terima kasih jugak untuk semua yang guess, agak pening jugak la nak jawab. Sampai polis roadblock PKP pun soal aku. Terima kasih sekali lagi, sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. sebenarnya suara aku lagi power,” tulisnya disertakan emoji ketawa.

Menerusi hantaran sama, Adlin turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta TMSM termasuk hos, AC.

Adlin juga mengakui terhibur dan suka dengan program realiti adaptasi dari Korea Selatan itu.

“Apa pun tahniah kepada semua peserta. I really enjoyed the show. Tahniah @dacdatoac tak pernah tak power.

“Akhir kata, abang bukan Orang Utan dik…,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sorry bro aku terpaksa berlakon dgn kau buat kau confused. Berminggu minggu pulak tu, sampai kau suruh Emy check kat Mel aku kat mana 🤣🤣🤣. • Terima kasih jugak utk semua yg guess, agak pening jugak la nak jawab. Sampai polis roadblock PKP pun soal aku. Terima kasih sekali lagi, sbb korang semua ingat suara aku macam tuju. sebenarnya suara aku lagi power😂 • Btw congrats to all participants. I really enjoyed the show. Tahniah @dacdatoac tak pernah tak power.👍🏻 • Akhir kata, Abg bukan orang utan dik😄 #Repost @dacdatoac with @make_repost ・・・ Dah terjawab smua bukan @adlinamanramlie mati2 aku ingat kau bro , karakter sama mcm lu bro … hahaha #repost @astrogempak ・・・ #GempakLive: Mana peminat @azreewhuut ?! Betul, memang Tuju disebalik Orang Utan! Tahniah Orang Utan mendapat tempat ke-3 Musim Pertama The Masked Singer Malaysia! Saksikan Persembahan Penuh mereka di gempak.com/maskedsinger #TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDiSebalikTopeng #AstroWarna #AstroGO #gempak #astrogempak

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Adlin Aman Ramlie Disoal Polis Gara2 Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*