Berkenan Anak Wawa

Pelakon Zarina Anjoulie terkesima apabila anak lelakinya, Martin Ezra Mikael memberitahu dia meminati anak perempuan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini berusia 5 tahun.

Kongsi Anju menerusi akaun Instagramnya, Martin, 4, meminati Hayla kerana kecantikannya.

“Allahu tinggi cita-cita anak aku lahai dia kata anak Wawa Zainal girlfriend dia pula. She is adorable.

“Tunggulah mama kaya baru cerita nak anak Wawa ye. 

“Korang perasaan tak muka mereka agak sama terutamanya kalau dari tepi?” tulis Anju.

Dalam entri sama Anju memuatkan sepotong video perbualannya bersama Martin yang mahu membelikan kucing untuk Hayla.

“Saya sentiasa sukakan budak perempuan.

“Saya akan gembira kalau ke pet shop. Saya nak beli kucing dan hamster. Kucing untuk dia, hamster untuk saya,” kata Martin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahu tinggi cita2 anak aku lahai dia kata anak @w4w4_zainal gf dia pulak 🤣🤣 she is adorable ….tunggu la mana kaya baru cite nk anak wawa ye 🤣 korang perasaan tak muka diorang agak sama especially from d side… takpo dio korek hidong pun insyallah kalau ngaji khatam solat tak tinggal poket tobal takdo yg reject amin 🤣

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Entri itu dihujani dengan pelbagai komen wargamaya yang terhibur dengan gelagat Martin meminati Hayla.

“Hep! Martin dah pandai tengok anak dara ye,” tulis @sitizalina1010.

“Martin tinggi selera. Pandai pilih girlfriend cun,” tambah @leeyadolce_1.

“Boleh tahan taste Martin. Ini sangat comel,” tulis pengguna lain.

“This boy really know how to win girl heart. Watch out Hayla,” tambah pengguna lain pula.

Aeril dan Wawa yang berkahwin pada 2013 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Sofya, 1 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berkenan Anak Wawa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*