Setahun Senyap, Azhar Osman Muncul Dedah Alami Penyak1t…

Selepas lebih setahun menyepi daripada sebarang posting di Instagram, penyanyi Azhar Osman akhirnya muncul kembali.

Bagaimanapun, dalam hantaran terbaharunya itu, Azhar yang merupakan bekas duo Azhael itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu juga dia sebenarnya bertarung dengan penyak1t gastroes0phageal reflux atau GERD.

GERD merupakan penyak1t pencern4an kron1k yang berlaku apabila as1d perut mengalir masuk ke dalam saluran esof4gus.

Katanya, permas4lahan itu kemungkinan daripada tab1at gem4r pemakanan pedas yang diamalkannya.

“Sepanjang tahun berlawan dengan penyak1t GERD bukanlah sesuatu yang mudah, namun keadaan saya semakin baik dan masih lagi proses untuk pulih.

“Paling kec3wa bila hilang nikmat makan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fighting over gerd/acid reflux disease hasnt been easy throughout the year, getting better & still recovering. Yang paling kecewa bila hilang nikmat makan. So nasihat aku, jangan kuat sgt makan PEDAS melampau2. U never know what will happen in the future. Jagalah usus anda. Btw, mind if make a little comeback?🙈#gerdpatient #acidrefluxdisease #protechclassic #protechperformance

A post shared by Mohd Azhar bin Osman (@azharosmaan) on

Hantaran tersebut dimuat naik Azhar selepas kali terakhir posting di Instagram dibuat pada 20 Ogos 2019.

Pada masa sama, kata Azhar dia turut menasihati agar orang ramai mengurangkan pengambilan makanan pedas.

“Jadi, nasihat aku, jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampaus. Anda tidak pernah akan tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Jagalah usus anda,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata mendoakan agar Azhar kembali segera pulih.

“Tu laa.. lama tak nampak awak. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. huhu same la kita geng makan pedas.

“Saya juga pesak1t GERD. Adakalanya saya deg1l makan yang pedas dan masam, lepas tu merana sendiri,” komen sebahagian pengikutnya.

Sementara itu, sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih lagi cuba mendapatkan komen lanjut daripada Azhar sendiri.

Azhar merupakan bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim ke-10 bergandingan dengan penyanyi Hael Husaini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setahun Senyap, Azhar Osman Muncul Dedah Alami Penyak1t…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*