Kak Girl Tamatkan Zaman J4nda

PERSONALITI media sosial Kak Girl menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Osman Ali pada Rabu.

Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 33, menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

Dia turut berterima kasih kepada Pejabat Kadi Daerah Johor yang memudahkan urusan perkahwinannya biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Wah! Tahniah… semoga terus bahagia sampai ke syurga… amin

SYURA BADRON

PENYANYI

“Alhamdulillah. Pengantin PKPB… Alhamdulillah semuanya mudah dan lancar. Terima kasih atas kerjasama pihak #pajabatkadidaerahJohor,” katanya.

Kak Girl berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto pernikahannya di laman Instagram pada Rabu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen termasuklah rakan selebriti.

“Wah! Tahniah… semoga terus bahagia sampai ke syurga… amin,” tulis penyanyi Syura Badron.

Rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Kak Girl.

“Alhamdulillah… tahniah sister. I love you,” komen pelakon Zulin Aziz.

Manakala pelakon Datin Almy Nadia dan Isya Riana turut meninggalkan komen memberi ucapan tahniah dan syukur atas pernikahan pasangan itu.

Sebelum ini, Kak Girl mendedahkan dia mengikat tali pertunangan dengan Osman pada 28 Jun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 13 Julai lalu, Kak Girl berkata dia mengenali Osman ketika di bangku sekolah dan mengakui pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

Sebelum ini, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 namun pasangan ini bercer4i pada Oktober 2019.

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kak Girl Tamatkan Zaman J4nda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*