Mesti ramai yang berbelanja pada 11 November yang lalu kan? Mana tidaknya, pelbagai promosi yang ditawarkan, rata-ratanya pada harga yang sangat rendah ketika itu.
Antaranya termasuklah perniagaan yang dijalankan oleh usahawan Neelofa yang mengambil inisiatif untuk mengadakan siaran langsung bersama dengan influencer, Sarancak.
Namun ada yang menarik perhatian ketika program tersebut disiarkan dan sempat dirakam oleh pengikutnya:-
Tonton video di sini
View this post on Instagram
Menerusi program berkenaan, Neelofa ketika itu sedang memperkenalkan produk keluarannya yang memakai tagline Semanis Cinta Pertama.
Sedang asyik bercerita tentang perkara berkenaan, Sarancak selaku pengacara jemputan secara tidak sengaja bertanya “Siapa He?”
Namun, siaran berkenaan terpotong dengan Neelofa tersipu-sipu tersenyum disebalik niqabnya.
Bagaimanapun, siaran berkenaan bersambung dengan Neelofa memaklumkan Haris yang juga seseorang yang istimewa baginya gemar susu pisang berbanding mangga.
Apa-apa pun, kami di Hot FM mendoakan semoga perniagaan yang dijalankan oleh Neelofa sentiasa maju dan berkembang dengan jayanya.
Tak sabar nak tunggu Neelofa disatukan dengan ‘cinta pertamanya’. Eh?
Sumber daripada: Instagram Neelofa & lofa.page
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: HOTFM
Be the first to comment on "Neelofa Terlepas Cakap Dedah Cinta Pertamanya Dalam Siaran Langsung"