Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darur4t di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.
Proklamasi darur4t berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.
“Dengan pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wab4k Cov1d-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.
“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darur4t bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wab4k Cov1d-19,” demikian menurut kenyataan Istana Negara hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan itu berkata, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan k3s positif harian Cov1d-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September.
“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa amatlah wajar PRK ini dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara,” katanya.
Beliau berkata perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengalaman daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia
Berikut puka reaksi dari netizan
PKPB di beberapa negeri mungkin ditamatkan
Dalam pada itu Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang mencatatkan kes Cov1d-19 rendah mungkin akan ditamatkan.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyampaikan penilaian risiko kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat ini.
PKPB telah dikenakan di hampir semua negeri kecuali Pahang, Kelantan, Perlis, dan sebahagian besar kawasan di Sarawak. Ia dijangka tamat 6 Nov.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : http://trendingsangat.pw/agong-akhinrya-bersetuju-isytihar-darurat-ini-kawasan-yg-terlibat/
Be the first to comment on "Agong akhirnya bersetuju isytihar darur4t. Ini kawasan yg terlibat"