Baru Je Hans Mohon Maaf, Sekali Dato Eizlan Keluar Kenyataan Ini Buat Ramai Terkejut

Kuala Lumpur: Pelakon dan Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof menyerahkan kepada peguamnya berhubung tind4kan terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berhubung dakw4an Eizlan terbabit dalam penyal4hgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Eizlan ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat Hans semalam.

“Peguam ada maklumkan perkara ini. Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaannya. Selebihnya saya tak nak komen lagi. Kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Terdahulu, Hans dalam kenyataan kepada Harian Metro semalam memohon maaf kepada Eizlan susulan dakwaan itu yang dikatakan dilakukan menerusi satu mesej dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu.

Eizlan dalam kenyataan sebelum ini menzahirkan kekecewaan atas tudvhan melvlu dan tidak berasas yang dilontarkan sehingga mencem4rkan nama, imej dan reputasi dirinya.

Dakw4an itu juga menurut Eizlan memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan dibina.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Hans Mohon Maaf, Sekali Dato Eizlan Keluar Kenyataan Ini Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*