Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Sambut Kelahiran Bayi Kembar

Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzasphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos menimang cahaya mata kembar pada Jumaat. 

Dr Halina, 39, selamat melah1rkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 secara pembed4han di Pusat Perub4tan Sunway.

“Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memilik anak yang ramai,” kata Dr Sheikh Muszaphar kepada Harian Metro. 

Tambahnya lagi, dia juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.

“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.

“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang. Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” ujarnya lagi. 

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan ny4wa ibu serta bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dir4wat.

Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.

Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Kredit foto: newborn.heartshotfocus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Sambut Kelahiran Bayi Kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*