Bila Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Akan Diterima Rakyat

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatan Nasional (BPN) 2.0 kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021.

Memetik Awani, Tengku Zafrul berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40.

“Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020. Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020.

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua berserta bayaran kepada permohonan baru dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Lap0ran LAKSANA ke-30 secara maya menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.

Tambah beliau, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM912 juta kepada 304,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Geran Khas PRIHATIN (GKP).

“Bagi program Subsidi Upah, setakat 13 November 2020, sebanyak RM148.22 juta telah dibelanjakan bagi membantu sebanyak 30,492 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 247,035 pekerja,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Gempak /http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bila Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Akan Diterima Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*