Bila bercakap tentang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang bukan beragama Islam.
Namun bagi seorang muslim, kemungkinan besar anda akan dipandang serong masyarakat jika membela haiwan tersebut kerana ada beberapa hukvm dalam Islam untuk membela dan menyentvh seekor anjing yang perlu diikuti. Tak memasal kang kena sam4k weh!
Pun begitu, menerusi perkongsian Instagram My Forever Doggo baru-baru ini, pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida berkongsi kisahnya membela seekor anjing jalanan bernama Blackie.
Sudah bela anjing sejak 5 tahun dulu
Menurut Umie Aida, dia sebenarnya sudah lima tahun membela anjing jalanan tersebut semenjak dia berpindah ke tempat tinggalnya kini.
Semuanya bermula apabila dia terlihat beberapa ekor anjing sedang minum air di longkang. Daripada situ hatinya tersentuh dan mula memberi anjing-anjing tersebut air di dalam bekas.
Namun tidak lama selepas itu, DBKL datang untuk menangkap anjing-anjing tersebut tapi Blackie seorang saja yang terlepas dan dijaga Umie sehingga kini.
Dia sangat special. Dia hormat saya, dia tak datang dekat dengan saya pun seperti dia memahami saya (sebagai seorang muslim).
“Dia tak suruh saya pegang dia, dia juga tidak berak dan kencing di kawasan rumah saya. Dia pergi ke dalam hutan,” kata Umie lagi.
View this post on Instagram
Umie ajar anak untuk sayang binatang
Tambah Umie Aida lagi, dia selalu mengajar anak-anaknya itu menyayangi binatang dan menjadikan dirinya contoh supaya anak-anak terus suka dan sayang akan haiwan tersebut.
“Hidup kita sekarang sangat stress dengan COV1D dan ekonomi dan lain-lain. Kita tak boleh paksa orang untuk sayang anjing atau kucing atau burung, tapi kita menghargai ia ciptaan Tuhan dalam alam dunia ini.
“Jangan s3ksa binatang. Hormat ruang mereka dan mereka pun akan hormat kita,” katanya lagi.
Perkongsian video tersebut mendapat komen positif netizen terhadap Umie yang menghargai haiwan terbiar seperti anjing jalanan tersebut.
Jangan s3ksa binatang. Tak kiralah anjing ke kucing ke. Mereka semua makhluk ciptaan Allah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: LobakMerah
Be the first to comment on "“Dia Faham Saya” – Ini Kisah Umie Aida Bela Anjing Jalanan Bernama ‘Blackie’"