Apa agaknya akan terjadi di atas pelamin sekiranya pengapit yang dipilih oleh pasangan pengantin itu ialah seorang pelawak?
Pelawak dan pelakon hebat, Zizan Razak memuat naik fotonya dan Nabil Ahmad bersama pasangan darah manis iaitu Noor Neelofa dan PU Riz.
View this post on Instagram
Menurut Zizan, dia dan Nabil bakal menjadi ‘pengapit’ pasangan itu di atas pelamin tidak lama lagi dan perkara itu sama sekali telah mengejutkan warganet.
Apa yang menjadi kerisauan mereka ialah sekiranya pelamin Neelofa dan PU Riz akan runtuh disebabkan Zizan dan Nabil yang gemar membuat lawak spontan.
Namun perkara itu belum disahkan oleh Neelofa atau PU Riz lagi, mungkin Zizan dan Nabil akan menjadi pengacara majlis mereka nanti dan bukannya hadir sebagai pengapit.
Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi hint bahawa dia sudah mengetahui tarikh perkahwinan pasangan itu tetapi masih dirahsiakan buat masa ini.
Pengacara Shalma Ainaa juga sempat meninggalkan hint di ruangan komen, ada kemungkinan Shalma sudah mengetahui tarikh itu kerana sebelum ini beliau ada berjumpa dengan Neelofa sendiri.
Apa pun kita doakan semoga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan, mana tahu nanti jadi Wedding Of The Year kan?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : HOT.FM
Be the first to comment on "Nabil Dan Zizan Jadi Pengapit Neelofa Bersama PU Riz, Netizen Takvt Pelamin Rob0h"