“Kami Sudah Sampai Tahap Buntu” – Achey Dan Fad Tak Dapat Selesaikan Masalah Keluarga Arwh Abam

SELEPAS 10 bulan pemergian Allahyrham Abam, pelawak Achey berkata, dia berusaha untuk meneruskan kerja-kerja amal kebajikan yang dilakukan arwh semasa hayatnya.

Achey berkata, dia juga cuba mengikut jejak langkah arwh untuk aktif dalam program keagamaan.

“Alhamdulillah saya cuba teruskan apa yang arwh buat terutamanya untuk rumah-rumah anak yatim yang berdekatan dengan saya. Rumah kebajikan di kawasan rumah arwh pula saya banyak berhubung dengan Ali untuk uruskan.

“Selain itu saya cuba ikut jejak langkah arwh untuk buat program agama, saya pun tidak pandai sangat tapi Insya-Allah dengan kemunculan kita mungkin dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada orang lain, ” ujarnya.

Achey ditemui ketika majlis pelancaran produk snek makanan ringan Dorylicious di Gombak, Selangor pada Sabtu.

Dalam pada itu, Achey berkata, dia dan Fad lebih prihatin kepada kebajikan anak dan ibu Allahyrham.

“Kami prihatin kepada anak dan ibu arwh, orang rumah dia sudah ada bisnes… Alhamdulillah kami happy dengan perkara itu.

“Permas4lahan mereka itu saya dan Fad sudah sampai satu tahap buntu dan kami tak boleh langsung menyentuh bab itu kerana kami pun orang luar.

“Cuma kami boleh menasihati mereka menggunakan jalan-jalan yang lebih damai dan elok, ” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kami Sudah Sampai Tahap Buntu” – Achey Dan Fad Tak Dapat Selesaikan Masalah Keluarga Arwh Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*