SELEPAS seminggu mengalami penyak1t Bell Palsy atau lumpvh sebelah muka berpunca daripada keham1lan, pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan anak perempuan pada Ahad.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, menerusi Instagramnya memberitahu, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang,” katanya.
Faye Kusairi berkongsi berita kelahiran anak perempuannya di laman Instagram.
Faye juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama selepas dia mendedahkan mengalami penyak1t Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka, minggu lalu.
Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang
FAYE KUSAIRI
PELAKON
Bell Palsy merupakan sejenis kelumpvhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara s1mptom lazim akibat penyak1t berkenaan adalah muka seng3t sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy juga selama beberapa hari ini.
Faye diser4ng Bell Palsy beberapa hari sebelum bersalin anak kedua.
“Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen mahupun DM (direct message). Saya akan cuba kongsikan perkembangan dari masa ke semasa (berkenaan penyak1t tersebut) termasuk juga sepanjang tempoh saya berpantang nanti,” katanya.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : mStar
Be the first to comment on "Seminggu lumpvh sebelah muka, Faye Kusairi selamat bersalin anak perempuan – “Saya akan kongsi gambar anak jika sudah bersedia”"