Wanita Kedua Raih Gelaran ‘Tun’ Di Malaysia, Ini Kisah Hidup Srikandi Negara Tun Rahah

Bonda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Rahah Mohamed Noah telah menghembvskan nafas terakhirnya  jam 4.30 petang, semalam, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Beliau yang dikhabarkan kurang sihat dan sedang menerima raw4tan di hospital tersebut beberapa hari yang lalu, men1nggal dunia pada usia 87 tahun.

Bagi mengenang jasa dan pengorbanan Allahy4rhamah Tun Rahah, kami daripada Team OHBULAN! ingin berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya sepanjang kehidupan beliau.

Foto: Dimuat naik Dato Seri Najib di laman Twitternya sempena ulang tahun kelahiran Tun Rahah ke-83

Tun Rahah atau nama penuh beliau Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar Johor. Beliau merupakan puteri bongsu kepada Allahy4rham Tan Sri Haji Mohamamad Noah Omar, seorang ahli politik negara yang ternama pada suatu ketika dahulu. Beliau mempunyai sepuluh orang adik beradik. Tun Rahah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di sebuah Sekolah Menengah di Johor Bahru.

Semasa di sekolah menengah, Tun Rahah diperkenalkan kepada Tun Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Rakan kepada Tun Abdul Razak iaitu Taib Andak semasa belajar di London merupakan individu yang memperkenalkan mereka berdua. Pada 4 September 1952, Tun Abdul Razak dan Tun Rahah telah selamat mendirikan rumah tangga. Usia Tun Rahah pada ketika itu ialah 19 tahun manakala, Tun Abdul Razak berusia 30 tahun.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Tun Rahah dikurniakan lima orang cahaya mata lelaki iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.

Buat pengetahuan korang, Tun Rahah bukan sahaja seorang isteri kepada pemimpin negara yang berpengaruh. Beliau juga merupakan insan yang memberi semangat kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Selain menjadi isteri dan ibu, beliau juga akan menemani suami tercinta untuk menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahupun luar negara.

Di samping itu, menjadi anak kepada seorang ahli politik negara yang berpengalaman dalam bidang politik, Tun Rahah juga banyak belajar selok belok politik daripada ayahnya yang pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama dan Yang Dipertua Dewan Negara. Tun Rahah juga bergiat aktif dalam setiap pilihan raya. Ini jelas terbukti apabila beliau rajin berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita. Sifat keperibadian dan sikap beliau juga telah membuktikan bahawa kaum wanita boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara.

Tun Rahah juga merupakan salah seorang wanita yang rajin melibatkan diri dalam kegiatan kaum wanita di negara ini. Antara kegiatan kaum wanita yang disertai oleh beliau ialah pergerakan kaum Ibu Umno iaitu (Wanita Umno). Beliau juga menjadi pengasas pergerakan Wanita Umno Petaling Jaya dan cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.

Tambahan, beliau merupakan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang pertama pada 1969 hingga 1976 selain pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan menjadi Canselor pertama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2001.

Pada tahun 1976, Tun Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya akib4t leukem1a. Sebagai seorang ibu, Tun Rahah telah menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa buat kelima-lima anaknya. Beliau telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak terutama dari segi pelajaran sehingga kerjaya mereka. Beliau juga disifatkan sebagai seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan dengan penuh kasih sayang kepada lima orang puteranya.

Pelbagai penganugerahan darjah dan pengiktirafan diterima Allahy4rhamah sepanjang kehidupan beliau. Antaranya,  beliau dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota daripada Kerajaan Persekutuan pada 1976 yang membawa gelaran ‘Tun’, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Universiti Utara Malaysia. Buat pengetahuan korang, Tun Rahah merupakan wanita kedua yang menerima gelaran Tun di Malaysia.

Melihat kejayaan anak-anak semasa dewasa, Tun Rahah meneruskan kehidupannya dengan menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama rakan-rakan. Selain itu, Tun Rahah juga masih memberi fokus kepada anak-anak dan cucu-cunya. Tanggal 18 Disember 2020, Dato Seri Najib telah memuat naik satu posting di media sosial mengenai bondanya sudah tiada. Sebagai anak, Dato Seri Najib dan seluruh keluarga bersedih akan kehilangan insan yang paling disayangi itu. Jen4zah Tun Rahah telah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara bagi mengenang jasa beliau sebagai seorang tokoh wanita negara dan telah disempurnakan di Lingkaran Makam Pahlawan, hari ini. Selain jen4zah Tun Rahah, jen4zah Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tan Sri Mohamed Noah Omar dan Tun Suhailah Mohamed Noah turut disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan.

Sumber: Bernama & Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : OhBulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wanita Kedua Raih Gelaran ‘Tun’ Di Malaysia, Ini Kisah Hidup Srikandi Negara Tun Rahah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*