Ibu Arwh Mahu Jumpa Wanita Jepun. Rupanya Ada Kaitan Kjdian Youtuber MeninggI Ketika Tunggu Isteri Temuduga

” Kalau boleh kami mahu mencari wanita Jepun itu untuk ucap terima kasih, cuma anak mak cik tidak dapat diselamatkan, mungkin Allah lebih menyayanginya.”

Demikian kata-kata keluarga youtuber permotoran Mohd Ashraf Rosli, 35, yang meninggI dnia di dalam kereta ketika menunggu isterinya menghadiri temuduga di sebuah hospital swasta di Bangsar, Jumaat lalu.

Menurut ibu mngsa Mafahirah Shamsuri, 66, beliau berterima kasih kepada wanita warga Jepun tersebut yang menyelamatkan ketiga-tiga anaknya.

Katanya, wanita itu telah mendapatkan bantuan selepas melihat cucunya mnangis ketika arwh anaknya tidak sedarkan diri membantu menyelamatkan ny4wa ketiga-tiga cucu lelakinya yang turut berada dalam kenderaan ketika kejadian.

Kanak-kanak berkenaan ialah Muhammad Adam Mikhael, 6, Muhammad Anas Mikhael, 3, dan bayi berusia sebulan Muhammad Adel Mikhael.

” Arwh merupakan anak yang baik… dia tidak pernah mengadu sak1t dan kelihatan sihat sebelum ini, malah tidak menunjukkan sebarang petanda akan pergi meninggalkan kami,”

Mafahirah ditemui Bernama selepas jen4zah selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Tasek, di sini, pada kira-kira 10 pagi tadi.

Tambahnya lagi, ketika kejadian, anaknya sedang menunggu isterinya Nurul Ain Mohd Razip, 31, menghadiri temuduga bagi jawatan jurur4wat di hospital yang sama arwh bekerja kerana berhasrat untuk bekerja di tempat yang sama, namun tidak kesampaian.

Katanya, doktor memaklumkan hasil bed4h s1asat di Jabatan Frensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam mendapati terdapat mas4lah pada jantung arwh anaknya.

Allahyrham Mohd Ashraf yang bekerja di bahagian teknologi maklumat mempunyai minat mendalam berkaitan bidang permotoran dan sering berkongsi aktiviti berkenaan melalui saluran Youtube menggunakan nama Cakcibor dan mempunyai 27,000 pengikut.

Semalam, kejadian memilukan kira-kira 3.30 petang itu tul4r di laman sosial selepas kereta mngsa yang diparkir di bahu jalan disedari oleh wanita Jepun berkenaan sebelum mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan.

Luahan isteri Allahyrham

Sementara itu, isteri Allahyrham berkata dia terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang mnangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata

Menceritakan detik memilukan itu, Nurul Ain Mohd Razip, 31, berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jurur4wat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.

Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sak1t di dada ketika menghantarnya semalam.

” Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya.

” Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.

” Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.

Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kec3masan.

” Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kec3masan untuk bantuan namun tiada respons.

” Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perub4tan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggI dnia,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/ibu-wanita-jepun/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ibu Arwh Mahu Jumpa Wanita Jepun. Rupanya Ada Kaitan Kjdian Youtuber MeninggI Ketika Tunggu Isteri Temuduga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*