Tidak Berasas! Neelofa Akhirnya Buka Mulut, Nafi Nikah Di Kelantan

Sejak semalam, viral di media sosial status hubungan diantara pengacara Neelofa dan juga pendakwah bebas, PU Riz yang did4kwa seolah olah ‘berantakan’ selepas status dan Instagram Story yang dimuat naik adik beradik Neelofa. Malah kesemua foto-foto sewaktu majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di ruangan Instagram mereka termasuk ibunya, Datin Noor Kartini.

Terbaru, Neelofa tampil menjawab spekulasi-spekulasi yang timbul dan menjadi persoalan orang ramai. Menurutnya, dakw4an mengenai kononnya dia sudah bernikah di Kelantan adalah tidak benar sama sekali.

Tudvhan tak berasas

Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga. Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan. Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas. Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini. Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

Dalam pembincangan

Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati. Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Neelofa menafikan khabar angin yang tular di media sosial berkaitan hubungan beliau dengan PU Riz.

Neelofa menafikan yang beliau terkena buatan minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya. Beliau juga menafikan satu khabar angin lain yang mengatakan mereka berdua telah berkahwin secara senyap di Kelantan.

“Cerita itu tidak benar sama sekali dan sejujurnya ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik dan kesihatan yang terbaik,” ujar Neelofa.

Neelofa juga memohon semua pihak supaya tidak menerima khabar angin berkenaan bulat-bulat.

Namun dalam kenyataan yang sama, Neelofa mengatakan yang keluarga beliau dan keluarga PU Riz sedang dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian sekaligus mengesahkan wujud konflik dalam hubungan mereka kini.

Neelofa turut merakamkan penghargaan kepada keluarga beliau atas sokongan yang berterusan dan berharap perkara ini tidak akan berpanjangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Neelofa

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tidak Berasas! Neelofa Akhirnya Buka Mulut, Nafi Nikah Di Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*