Dakwaan jadi wali, Bapa Kandung Neelofa akhirnya bersuara

Malam tadi nama PU Riz dan Neelofa menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter gara-gara beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu menjadi v1ral.

Rata-rata netizen memuat naik tangkap layar tersebut di dalam ciapan masing-masing dan berdebat mengenai status hubungan pasangan personaliti tersebut.

Tambahan lagi ibu dan adik beradik Neelofa dilihat berhenti mengikut PU Riz di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun tinjauan Gempak mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain.

Terdahulu, kecoh apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story, didakwa ditujukan kepada seseorang.

Selain Noor Nabila adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan serta sepupu-sepupu mereka turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram Story masing-masing.

Menambah curiga apabila ibu Neelofa, Noor Kartini juga membuat perkongsian di ruangan sama dengan berkongsi sepotong ayat memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Sehingga hari ini, usaha untuk mendapatkan Neelofa dan PU Riz masih menemui jalan buntu kerana kedua-duanya mendiamkan diri.

Tiada apa-apa kemaskini terbaru di laman sosial kedua-dua personaliti sama cantik sama padan tersebut.

Bapa enggan komen dakwaan jadi wali Neelofa

KOTA BHARU – Bapa kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia menjadi wali kepada pernikahan anaknya dan bekas peserta Pencetus Ummah, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, di Kelantan.

Mohd. Noor berkata, dia mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak termasuk media yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

“Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.

“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 31 memaklumkan, keluarganya kini dalam proses perbincangan dengan keluarga Muhammad Haris atau PU Riz mengenai status hubungan mereka.

Neelofa berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

“Keluarga kami kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua- dua belah pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku.

“Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada sebarang ikatan,”katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam

Bapa Kandung Neelofa Masih Hi-dup?

Baru- baru ini, telah berlangsungnya majlis perkahwinan kali ke-3 buat Saradina iaitu kakak sulung kepada pelakon cantik Neelofa. Yang menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah penampakan kelibat seorang lelaki berusia yang berada di sebelah Juru Nikah dan turut memegang borang nikah untuk ditandatangani.

Adakah itu bapa kandung kepada Neelofa dan adik beradik beliau yang sekian lama menjadi tanda tanya peminat? Berdasarkan beberapa komen di ig dibawah, ada yang mengiakan lelaki itu adalah ayah kandung Neelofa.

Hanya Neelofa dan keluarganya sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Namun andai benar, tiada salahnya pun . Kelihatan lelaki berusia itu mirip seperti Noor Nabila kakak Neelofa. Apa-apa pun, kami  mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak Neelofa iaitu Saradina serta pasangannya.

Sebelum ini, status Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz. Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/wali-bapa-kandung-neelofa/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dakwaan jadi wali, Bapa Kandung Neelofa akhirnya bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*