Baru Je TMJ Kata Tak Payah Nak Berlakon, Sekali Ini Respon Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mencvri perhatian ramai apabila melancarkan kempen #1keluarga1laptop baru-baru ini.

Difahamkan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

” Sabtu lepas, saya telah mulakan #BotakChallenge untuk raih dana kepada pelajar Muar dari keluarga susah. Sasaran saya: RM200,000 untuk biaya 100 laptop.

” Progres setakat ini: Kita berjaya raih RM61,410.00 dalam tempoh 24 jam yang pertama!

” Kalau kita capai sasaran, saya akan botak!” tulis Syed Saddiq yang berkata mereka sudah berjaya raih RM144,760.00 setakat ini.

Reaksi TMJ

Sementara itu di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai status laman Insta Story yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi status itu, TMJ berharap individu yang dimaksudkannya itu tidak lagi menggunakan penduduk Muar untuk kepentingan peribadi selain menghentikan pen1puan termasuklah membatalkan niat untuk botakkan kepala.

Ramai percaya status tersebut ditujukan kepada Syed Saddiq.

” Tak payah nak cu-ri duit rakyat dan masih ada kes dengan SPRM, tak payah nak men1pu, tak payah nak berlakon dan tak payah nak bot4kkan kepala.

” Cukup-cukuplah menggunakan orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi apabila awak tu orang Arab Singapura bukan orang Johor.” tulis TMJ.

Reaksi Syed Saddiq

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Syed Saddiq dilihat memuatnaik satu video terbaru di Instagram beliau, kira-kira 3 jam selepas status yang ditulis TMJ di IG Story.

” Assalamualaikum wbt..kehadapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor, patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300 ribu kepada anak-anak Muar.

” Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku. Patik percaya bahawa kita sentiasa perlu berlumba-lumba untuk membuat perkara baik.

” Patik juga ingin mengambil kesempatan untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan hub anak muda Muar.

” Alhamdulillah dalam kapasiti kecil patik sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan, projek hub anak muda berjumlah RM25 juta telah diluluskan setelah patik berjumpa perdana menteri, MB Johor yang dibentangkan dalam kabinet.

” Namun hanya dengan perkenan dan campur tangan tunku dalam isu tanah yang menyekat projek ini, akhirnya projek Tengku Mahkota Ismail New Centre akan dilaksanakan. Terima kasih Tunku.

” Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas dari membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.

” Sebagai anak jati kelahiran Johor yang membesar di Johor dan telah bersekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah negeri Johor Darul Takzim.

” Semoga Allah swt sentiasa merahmati dan melindungi Tunku serta keluarga,” akhiri Syed Saddiq yang mendapat pujian ramai atas jawapan matang beliau.

Sumber:IG TMJ dan SyedSaddiq

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/29/tmj-minta-jangan-berlakon-reaksi-syed/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je TMJ Kata Tak Payah Nak Berlakon, Sekali Ini Respon Syed Saddiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*