“Lelaki Tua Tapi Tak Matang, Tak Guna Juga” – Intan Ladyana

Meskipun jarak usia 17 tahun, namun ia tidak menjadi penghalang hubungan cinta pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif yang bakal melangsungkan pernikahan pada 6 Februari depan.

Menurut Intan, usia tidak menjadi ukuran dalam sesuatu perhubungan, apa yang penting adalah sifat matang yang ada pada lelaki tersebut. Ujarnya lagi, lelaki berusia tidak semestinya matang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

“Lelaki tua atau muda bukan satu masalah. Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Lagipun, pandangan saya lebih kepada kematangan seseorang.

“Jika usia 40 tahun, tetapi tak matang, tak guna juga. Macam mana nak kahwin? Tak kisahlah lebih muda kerana usia bukan ukuran kematangan seseorang.

“Bagi saya, Harris seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. Setakat ini, Harris memahami apa yang saya sampaikan,” katanya.

Tidak bimbang bersuamikan lelaki muda, Intan berkata jalan cerita setiap pasangan yang sudah berumah tangga adalah berbeza dan tidak boleh menyamakan dengan kisah perhubungannya.

“Kisah hidup seseorang berbeza. Tak bolehlah nak pukul rata mengatakan kalau bersuami muda, orang akan g4nggu rumah tangga. Mungkin itu pengalaman orang lain dan tak semestinya saya mengalami nasib yang sama.

“Bagaimanapun, dalam hal ini, terserah pada lelaki itu sendiri. Jika tak layan, takkan akan menjadi juga,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Lelaki Tua Tapi Tak Matang, Tak Guna Juga” – Intan Ladyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*