‘Pakcik Minta Maaf Sebab…’ – Menteri Agama Video Call Kanak-Kanak Keh1langan Bapa Akibat Covld-19

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai satu video sedih, di mana seorang kanak-kanak yang dikuarant1n di MAEPS keh1langan bapanya akibat Cov1d-19. Raut wajah anak kecil yang bernama Mohamad Nor Atho’ullah sewaktu mendengar berita mengenai kemat1an ayahnya itu ternyata menyentvh hati netizen yang menyaksikan video tersebut.

Di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu.

Panggilan video secara atas talian

Petang tadi sempat berbual dengan anakanda Nor Atho’ullah dan kakaknya, Nur Kamilatul Alifah. Rakaman video anakanda Atho’ullah, bekas pesak1t #COV1D19 yang ditempatkan di Pusat Kuarant1n dan Raw4tan Cov1d-19 Beris1ko Rendah (PKRC) di MAEPS tul4r baru-baru ini. Beliau nampak tenang menerima berita pemerg1an ayahnya yang meningg4l dunia disamping ibu yang ditempatkan di w4d kuarant1n. Pakcik doakan Atho’ullah sekeluarga terus tabah dan kuat.

Pak cik minta maaf sebab tak dapat nak hadir tengok anaknda berdua. Masa tak sempat sangat. Kebetulan ada banyak mesyuarat. Lain kali pak cik datang kita makan nasi bersama ya. Boleh adik dan kakak kenalkan nama dan beritahu adik beradik berapa orang.

Menerusi video berdurasi 3:46 saat, Dr Zulkifli menghubungi Atho’ullah dan kakaknya menerusi panggilan video secara atas talian. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’ itu turut meminta maaf kepada dua beradik itu kerana tidak dapat menziarahi mereka disebabkan urusan kerja. Tambah Dr Zulkifli, jika mempunyai masa yang terluang, beliau akan berjumpa dengan keluarga Atho’ullah dan makan bersama mereka.

Beri kata-kata semangat

Pak cik, menteri banyak yang sokong dan bantu. Kalau ada masalah boleh telefon pak cik. Insyallah mana yang kami boleh tolong bantu. Yang penting pertama sekali taat kepada ibu dan berdoa kepada arwah bapa. Yang kedua, ibadah jangan tinggal. Yang ketiga, belajar rajin-rajin. Pak cik nak semua keluarga Atho’ullah berjaya seratus peratus dan jadi orang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Walaupun terjadi adat resam kehidupan, kita beruntung sebab kita masih ada ibu lagi. Maka, sayangilah dan taat kepada ibu. Insyallah barakah dalam kehidupan kita.

Dr Zulkifli juga sempat memberi kata-kata semangat dan pada masa yang sama membacakan doa untuk pemergian arwah bapa kanak-kanak tersebut. Beliau juga memberi kata-kata semangat buat anak-anak itu dengan berkaya bahawa ini semua ujian Allah. Sebagai manusia, kita perlu bersabar dan yang penting anak-anak itu perlu taat kepada ibu mereka serta jangan tinggal ibadah. Pesanan supaya rajin belajar turut diberikan oleh Dr Zulkifli kepada Atho’ullah.

Sumber: Dr Zulkifli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Ohbulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Pakcik Minta Maaf Sebab…’ – Menteri Agama Video Call Kanak-Kanak Keh1langan Bapa Akibat Covld-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*