Netizen Pelik Bila Anak Emma Maembong Dan Shazli Negatif Covld-19, Ini Reaksi Padu Emma

Pada 14 Januari 2021, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli mengumumkan mereka disahkan posit1f COV1D-19.

Bayi mereka pula negat1f dan diserahkan kepada kakak Emma untuk dijaga sementara waktu.

Pada 18 Januari 2021, Emma telah membuka ruang untuk para peminatnya bertanya soalan di Instagram story.

Antara soalan yang diterima adalah mengenai punca Emma mendapat v1rus tersebut.

Soalan itu dijawab Emma dengan membuat video balasan.

Menurut Emma, beliau dan suami sudah menjaga garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan, selain memakai pelitup muka serta menggunakan sanitizer.

Bagaimanapun mereka tetap dijangkiti, oleh itu Emma tidak tahu apa punca yang menyebabkan hal itu berlaku.

Selain itu, ditanya mengenai sebab Emma ingin melakukan swab test, beliau memberitahu ia kerana Shazli mempunyai s1mptom, yang seterusnya mendorong untuk mereka membuat tindakan tersebut.

Terdapat satu soalan tentang bagaimana bay1 mereka negat1f COV1D-19, sedangkan Emma dan suami pos1tif v1rus itu.

Katanya, beliau bersyukur akan perkara tersebut dan menganggap bay1nya dijaga oleh Allah.

Emma menambah, antara sebabnya juga adalah memberi susu badan kepada bay1, kerana ia mempunyai pelbagai vitamin yang bagus.

Berdasarkan video-video daripada Instagram story beliau, Emma masih menunjukkan kesihatan dirinya yang baik, Alhamdulillah.

Semoga Emma dan suami akan sembuh secepatnya dan dapat bertemu bay1 mereka semula tidak lama lagi.

 

Sumber: Instagram Emma Maembong

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Pelik Bila Anak Emma Maembong Dan Shazli Negatif Covld-19, Ini Reaksi Padu Emma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*