Sebelum ini, kec0h dalam kalangan warganet apabila pelakon dan penyanyi Ayda Jebat serta suaminya Nabil Mahir menyatakan hasrat bagi memiliki 13 orang cahaya mata. Ramainya!
Selepas sah bergelar suami isteri, mereka kini sedang menikmati bulan madu di Langkawi. Namun, baru sekejap berjauhan dari keluarga tercinta, anak buah Ayda iaitu Rayyan dan Maya sudah menyuruh pasangan tersebut pulang ke rumah.
Gelagat kedua-dua anak saudaranya itu dikongsikan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu sendiri menerusi sebuah posting berbentuk video di laman sosial Instagram.
Anak buah ‘clingy’ & comel!
View this post on Instagram
“Nabil : Macam mana nak buat 13, baru honeymoon sekejap Rayyan Maya dah suruh balik.
“Ayda : Nasib baik. Selamat. Fuh!”tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka terhibur melihat telatah kedua-dua si cilik yang disifatkan sangat comel itu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan secara ‘online’ menggunakan aplikasi Google Meet.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: MOTIFVIRAL
Be the first to comment on "“Macam Mana Nak Buat 13, Baru Bulan Madu Dah Suruh Balik..” – Nabil Mahir"