Foto Gaun Pengantin Tersebar Di Media Sosial, Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Nama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, 28, tetiba menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman sosial.

Kontroversi itu muncul selepas seorang pengguna Twitter, @PejuangJlnLurus memuat naik dua keping foto Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy dengan busana pengantin.

“Ait ni Elizabeth Tan en? Dah kahwin ke dia? Aku dapat gambar ni pun sebab orang dok hangat bersembang dalam group,” tulisnya.

Gambar pertama menunjukkan Lizzy mengenakan gaun berwarna putih sambil ditata rias oleh jurusolek manakala yang kedua dia sedang memegang sejambak bunga.

Menerusi kicauan tersebut, terserlah kegembiraan di wajah pelantun lagu Semua Sudah dan Police Entry itu.

Rata-rata netizen mula berteka-teki sama ada benar pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei sudah menamatkan zaman bujang.

Malah, ada juga yang berpendapat ia sekadar untuk muzik video ataupun drama terbaharunya.

Bagi mendapatkan kepastian, Gempak cuba mendapatkan komen daripada empunya badan namun tidak berjaya.

Terbaru, Lizzy muncul dalam filem 10 Tips Tipu Bini bersama barisan pelakon hebat antaranya Datuk Awie, Khir Rahman, Joey Daud, Ropie, Nazia Mustafar, Vicha, Nasir Bilal Khan, Azlee Senario dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda (saluran 480) sekarang.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini seisi keluarga secara berulang-ulang dalam tempoh 48 jam!

Twitter: @PejuangJlnLurus​

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?