Selepas Aeril Zafrel Positif Covld-19, Ini Keputusan Untuk Wawa Zainal Dan 3 Anaknya

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Cov1d-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini.

Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian RT-PCR, petang semalam walaupun sebelum itu hasil ujian menerusi Rapid Test Kit (RTK) adalah negat1f.

“Alhamdulillah, pagi tadi dimaklumkan kami semua negatif. Namun, kami kena menjalani proses kuarant1n selama 10 hari. Apatah lagi saya adalah kont4k rapat kepada suami yang disahkan pos1tif, semalam.

“Sejak semalam saya juga tidur bilik berasingan dengan anak-anak. Walaupun negatif, tapi tetap risau kerana saya ada anak kecil. Kalau keluar dari bilik pun saya akan pakai dua pelitup muka.

“Nasihat saya, kepada yang menjalani kuarant1n di rumah kena juga patuh prosedur operasi standard (SOP). Amalkan pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan. Paling penting, jangan sesekali keluar rumah. Ingatlah orang sekeliling kita. Saya bersyukur ada ibu dan pembantu rumah yang boleh tengok dan jagakan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel, Wawa berkata, Aeril mengadu rasa keb4s di bahagian lidah.

“Ini hari ketiga dia menjalani kuarant1n kendiri di rumah. Dia berada di bilik tingkat atas yang lengkap dengan tandas. Jadi, dia memang tidak keluar langsung. Difahamkan, kalau tidak ada gej4la tervk, boleh terus berada di rumah.

“Cuma hari ini dia mengadu berasa keb4s di bahagian l1dah. Harapnya tidak ada apa-apa yang serius,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Aeril bersama pengurusnya disahkan posit1f Cov1d-19 selepas membuat ujian saringan, kelmarin.

Aeril berkata, dia mungkin dijangk1ti v1rus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengal4mi dem4m pan4s ke klinik, Isnin lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Aeril Zafrel Positif Covld-19, Ini Keputusan Untuk Wawa Zainal Dan 3 Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*