Dah Masuk Duit Interim ISinar Kategori Dua. Bagi Yg Belum KWSP Beritahu Berapa Lama Lagi Kena Tunggu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM 1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan b.eban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kess C0V1D 19 serta b.enc4na banj1r yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia.

Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online.

Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang pen.ipuan atau aktiviti s.cam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Untuk makluman, Sudah ada Pemohon yang mula menerima pembayaran i-sinar KWSP interim pada hari ini.

Kategori Individu Layak Memohon

KWSP memaklumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar iaitu:

Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.

Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Syarat Kelayakan

Bagi kategori 1, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau

Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Untuk kategori 2, syarat kelayakan untuk kategori ini adalah pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu:

Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan.

Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP

Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kriteria iaitu:

Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.

Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.

Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Kredit : KWSP/MySumber

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/dah-masuk-duit-interim-isinar-kategori-dua-bagi-yg-belum-kwsp-beritahu-berapa-lama-lagi-kena-tunggu/

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dah Masuk Duit Interim ISinar Kategori Dua. Bagi Yg Belum KWSP Beritahu Berapa Lama Lagi Kena Tunggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*