“Tiada Babak Sntuh Wanita” Kenali Siapa Syafi Tee. Bapa Dia Bukan Calang2 Pendakwah

PeIakon baru, Syafi Tee tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak kepada pendkwah terkenal iaitu Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak mula menjinakkan diri dalam dunia seni.

Malah, pelakon berusia 28 tahun itu sangat beruntung kerana bapanya yang digelar ‘Papa’ itu memahami selok-belok dunia seni serta cabaran yang ditempuhi sebagai seorang peIakon.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah masak dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada pihak BH Online.

Dia yang mula digilap menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dua tahun lalu menanggap cabaran dan ujian merupakan asam garam dalam setiap bidang pekerjaan.

Menurut pemilik nama Mohd Syafi itu, dia menegaskan bahawa nasihat Papa dan keluarganya amat penting selain berharap agar dirinya terus istiqamah dengan prinsip yang dimiliki.

Antara pesanan diberi oleh bapanya yang juga ahli akademik adalah soal menjaga batas bukan mahram ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun mesti berlapik,” ujarnya lagi.

Tambah Syafi, bapanya sering mengingatkan dan menasihatinya supaya tidak melakukan perkara bukan-bukan sewaktu di set penggambaran.

Malah jika berasa tidak selesa dengan mana-mana babak Iakonan, dia akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

Sejak dua tahun bergelar peIakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad), omm

Syafi Tee adalah seorang pelakon baharu yang merupakan antara bintang drama bersiri Pink Smile iaitu sebuah karya adaptasi novel tulisan Luna Adresia dengan judul sama.

Selain beliau, siaran slot Lestary TV3 itu turut menggandingkan Fattah Amin, Sweet Qismina, Intan Najuwa, Farhan Asri, Afifah Nasir, Izzat Mushtaq, Iswan Ismail, Natasya Mahyan, Esma Daniel dan Noniswara.

Biodata

Nama sebenarnya, Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee.

Menggunakan nama komersial, Syafi Tee.

Berumur 28 tahun (2021).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pembuatan Teknologi Kejuruteraan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2019.

Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

Pernah membintangi drama bersiri Tuan Danial dan telefilem #SoKampung. Terkini beliau memegang peranan dalam siri TV, Pink Smile.

Laman sosial Instagramnya atas nama @syafitee sehingga kini mencatatkan lebih 57,000 pengikut.

Fakta Menarik

Merupakan anak kepada pendakwah dan tokoh akademik terkenal negara, Mohd Ridhuan Tee Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ridhuan Tee.

Mempunyai lima orang adik-beradik.

Terkenal kerana memiliki wajah persis pemuda cina – ‘chinese look’.

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau Ridhuan Tee sahaja, adalah seorang penulis di Malaysia. Dia memiliki kelulusan BA(Hons)Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan

Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). Penulisan dia dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di negara Malaysia . Dia bukan berbangsa

Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. Tetapi selepas memeluk agama Islam, dia dikatakan telah banyak mengkritik dalam tulisan dia terhadap pihak-pihak bukan

Melayu dan bukan Islam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsangat

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tiada Babak Sntuh Wanita” Kenali Siapa Syafi Tee. Bapa Dia Bukan Calang2 Pendakwah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*