“N4te Aye” Cikgu Semangat Nak Mengaj4r Online. Sekali Ada Bunyi Kat Belak4ng

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar dan murid di seluruh negara dilihat bukan sahaja membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan dengan pelbagai isu.

Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya berkata, kehadiran kelas secara dalam talian dalam kalangan murid dari kelas ‘belakang’ dilihat agak rendah.

“Contohnya kehadiran murid kelas hadapan adalah 24 orang dari 27 orang jumlah keseluruhan, tetapi kehadiran kelas belakang dilihat hanya enam dari jumlah keseluruhan iaitu 19 orang. Murid yang pandai akan ‘selamat’ dan yang lemah akan terus ketinggalan.

“Kalau di sekolah, guru boleh panggil murid bersemuka dan berikan motivasi, tapi bila kelas dijalankan secara dalam talian, ia bergantung kepada persediaan murid itu dari segi peranti, pelan data dan motivasi sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang enggan dikenali berkata, cabaran lain kelas dalam talian ialah, sukar untuk memantau disiplin dan tumpuan pelajar, malah ada pelajar yang mengaku membuka dua paparan di komputer riba – satu untuk kelas dalam talian dan satu lagi untuk bermain ‘permainan dalam talian’.

Cikgu Marah Ayam Berkokok

Dalam satu video telah dimuat naik di facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang guru sedang bersiap sedia untuk mengajar anak murid secara atas talian

Dimulakan dengan ucapan selamat pagi dan raut muka yang ceria, memang jelas kelihatan cikgu ini tengah bersemangat untuk mengajar anak murid secara atas talian

Tetapi jelas kedengaran bunyi ayam berkokok waktu pagi agak kuat. Pada mulanya, dia tidak menghiraukan gangguan tersebut. Yang mencuit hati netizen adalah apabila ayam itu berkokok semakin kuat sehingga buat cikgu ni akhirnya menghentikan sesi rakaman. Apa yang melucukan, dia  secara spontan mengeluarkan loghat kelate sebelum menamatkan rakaman tersebut. Hehe!

Jom tengok Video:

Pdpr: Cabaran guru, pelajar dan ibu bapa

Bagi pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Selangor, Syakir Fazly, 15, cabaran belajar di rumah yang dihadapi ialah, adik-adiknya sering membuat bising dan mengganggu ketika dia mengikuti kelas secara dalam talian.

“Sukar untuk saya dengar suara cikgu dan pelajar lain. Kalau pelajar ada soalan hendak tanya soalan pun, cikgu hanya teruskan mengajar sahaja kerana tidak dengar soalan dan suara pelajar. Selain itu tidak semua yang cikgu ajarkan dapat difahamkan dengan jelas, kerana skrin telefon bimbit kecil. Pautan yang diberikan cikgu selalu sukar untuk diakses dan tersekat-sekat,” katanya.

Seorang ibu. Shahidah Musa, lewat 30-an, pekerja swasta yang mempunyai anak yang bersekolah di Tahun Satu dan Dua di Selangor pula berkata, ada guru yang tidak konsisten dan bertukar-tukar platform media sosial dan medium, dalam mengendalikan PdPR.

“Ada masa gunakan platform WhatsApp, kemudian bertukar Telegram. Medium pembelajaran juga berubah-ubah, dari aplikasi Zoom ke Google Meet dan panggilan video. Selain itu waktu kelas bermula juga berubah hari pertama 9.30 pagi, hari kedua 10 pagi. Ibu bapa terpaksa sentiasa menunggu maklumat dan kemas kini dari guru,” katanya yang terpaksa membeli telefon bimbit untuk anaknya.

Shahidah berkata, ada ibu bapa yang terpaksa ‘belajar’ aplikasi Google classroom dan sebagainya untuk membantu anak masing-masing menyiapkan tugasan, terutama yang memerlukan mereka merakam video.

Norazah Muda, 49, yang juga seorang ahli perniagaan berkata, anak bongsunya yang sepatutnya memasuki Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama swasta berasrama di Negeri Sembilan belum memulakan PdPR untuk tahun ini, setakat hari ini.

“Saya risau untuk belikan telefon bimbit atau komputer riba kepada anak saya, kerana berdasarkan pengalaman saya pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, anak saya sangat obses permainan video malah turut membeli-belah dalam talian ketika tiada kelas,” katanya.

Norazah berkata ketika PKP tahun lepas beliau hanya membenarkan anaknya membuat kerja rumah dan belajar menggunakan telefon bimbit miliknya.

Seorang ibu di JOHOR Hairunnisak Aman, 39, yang mempunyai anak berusia enam, lapan dan 10 tahun, berkata PdPR bukan sahaja menuntut disiplin tinggi murid, malah ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak tercicir.

“Agak mencabar kerana memerlukan komitmen tinggi untuk menyertai sesi ‘Google Meet’, ‘Google Classroom’, Telegram, WhatsApp, untuk tiga anak yang kesemuanya bersekolah rendah secara serentak, namun, buat masa ini, saya masih boleh ‘curi-curi’ masa memantau mereka,” kata pengusaha katering itu ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Cikgu Buat Kelas Online Sambil Dukung Anak Di Hospital

Salute!! Ini yang buat saya kagum pada cikgu ni!

Anaknya masuk sebab jangkitan paru-paru

Yang memerlukan oksigen. Masuk w4d isolasi sebab nak screen utk cov1d.

Saya tengah periksa anak nya,Mata saya ternampak laptop terpampang ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’,

Saya tanya,”Puan cikgu?”

“Aah doktor,Saya nak buat kelas online ni..Saya minta izin ya, saya tutup langsir semua tak nak ganggu pesakit lain..”

Beberapa minit lepas tu dari jauh kami dengar beliau mengajar,

“Differentiation for additional maths..”Tenang melayan soalan pelajar,Dalam PPE ni jiwa kami tersentuh

Haa.. Tengok semangat seorang guru.

Anak nya tengah pakai oksigen di sebelah,

sekali sekala anak merengek minta di pangku.

Sambil sambung mengajar sambil dipangku anaknya..Sambil kaki dihenjut untuk tenangkan si anak..Sambil terus mengajar..

Murid-murid hanya nampak langsir hijau sebagai background yang sebenarnya langsir ‘cubicle’ di w4d kanak-kanak hospital.

Syabas cikgu!

Kadangkala kita hanya nampak apa terpapar,Disebaliknya mungkin 1001 jerit perih dipihak sana.

Kredit: Anayasmin Azmi

Sumber: trending sgt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/01/27/nate-aye-cikgu-semangat-nak-mengaj4r-online-sekali-ada-bunyi-kat-belak4ng/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“N4te Aye” Cikgu Semangat Nak Mengaj4r Online. Sekali Ada Bunyi Kat Belak4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*