[VIDEO] “89% Muka Iras Shuk Sahar Tapi Putih Sikit..” Tvlar Video Abg J&T Iras Muka Shuk

Menempuhi ‘zaman’ C0VlD-l9 telah memberikan tekanan yang cukup besar kepada semua pihak. Ini termasuklah syarikat courier yang berdepan dengan lambakan penghantaran parcel ekoran peningkatan kadar online shopping meskipun PKP sedang dilaksanakan. Dalam ribuan staf, sudah tentu mereka mempunyai pelbagai ragam sehingga kadangkala kisah mereka itu menjadi viral di media sosial.

Namun siapa sangka bagi seorang ‘Abang Courier’ ini, dia mula mendapat perhatian apabila wajahnya dikatakan amat seiras dengan seorang penyampai radio terkenal iaitu Shuk Sahar. Hasil perkongsian video daripada akaun TikTok Cik Suhaida, lelaki berkenaan ketika itu sedang berpayung dan berada di hadapan sebuah premis untuk mengutip barang yang sudah dibungkus di dalam karung merah.

VIDEO :

@ciksuhaida94

Thanks harini pickup😍##Fyplah ##banjir

♬ DJ Cikiciki Bambam X Amor Probido By DJ Opus – 🄰🄻🄱🅁🄴🅆 🦊

Lucunya, pemilik rakaman itu juga berseloroh bahawa ‘artis’ berkenaan sudah menukar kerja dan tidak lagi menjadi DJ. Jika dilihat sekali imbas, ketinggian badan, bentuk wajah serta warna kulit yang sedikit cerah memang benar-benar menyerupai pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ tersebut.

Dikongsikan semalam dan kini meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen begitu terkejut kerana wajah mereka berdua benar-benar serupa. Ada juga yang tidak berhenti merasa terhibur dengan persamaan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : TikTok ciksuhaida94

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “89% Muka Iras Shuk Sahar Tapi Putih Sikit..” Tvlar Video Abg J&T Iras Muka Shuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*