Punca Sebenar Bantuan Amal Ustaz Ebit Lew Dihentikan Akhirnya Terjawab

Kec0h di media sosial selepas pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terpaksa menangguhkan misi-misi bantuan termasuk membina sekolah untuk orang Bajau Laut di pulau-pulau berdekatan perairan Semporna, Sabah. Menurutnya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya atas sebab-sebab tertentu dan boleh berdepan hukVman sekiranya mel4nggar arahan tersebut.

Kini, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya kenapakah beliau harus menghentikan misi mulia itu sedangkan niatnya hanya untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk-penduduk di sana yang memerlukan bantuan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali telah memberi penjelasan berikut ramai warganet seakan mar4h apabila Ustaz Ebit Lew terpaksa menghentikan bantuan seperti barangan keperluan harian, pakaian, duit, membina sekolah dan sebagainya. Menurut Datuk Hazani, semua ini adalah kerana isu keselamatan Ustaz Ebit Lew.

Image may contain: one or more people, ocean, sky, outdoor, water and nature

Ustaz Ebit Lew dikategorikan sebagai seorang Very Very Important Person (VVIP) yang bukan sahaja dikenali ramai malahan mempunyai pengaruh yang sangat besar. Keselamatannya di sana membimbangkan pihak polis apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi pulau-pulau dan perkampungan sebelum ketahui status penduduk di situ.

Untuk pengetahuan anda, lokasi pulau-pulau yang terletak di perairan Semporna sebenarnya merupakan kawasan ‘R3dzone’, berbah4ya dan berisik0 tinggi yang terletak di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). Ada beberapa tempat yang dikunjungi Ustaz Ebit Lew berisiko tinggi dan kebarangkalian sesuatu yang tidak diinginkan boleh berlaku sekiranya ada yang terleka.

Walaupun, ada yang sentiasa mengiringi Ustaz Ebit Lew seperti APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan 69 Komando, PGA dan Angkatan Tentera Malaysia namun apa sahaja perkara ‘di luar jangkaan’ mungkin boleh berlaku. Ramai penduduk Sabah sendiri mengakui mereka takvt untuk ke kawasan seperti perairan Semporna kerana khuatirkan keselamatan mereka.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan menghentikan sementara segala misi-misi bantuan ini demi kebaikan semua. Rata-rata masyarakat di sana adalah bukan berstatus warganegara malah majoriti mereka juga tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

Usaha keras Ustaz Ebit Lew amatlah dihargai dan kami berharap semoga impian beliau untuk membantu mereka di sana akan dapat diusahakan dan diteruskan di masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HMetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Punca Sebenar Bantuan Amal Ustaz Ebit Lew Dihentikan Akhirnya Terjawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*