Penyanyi Syamel terpaksa akur dengan arahan ditetapkan kerajaan apabila tidak membenarkan majlis keraian diadakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Syamel, dia terpaksa melihat semula segala perancangan yang dibuat mengenai majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri sebelum ini dan hanya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
“Keadaan sekarang ini tidak mengizinkan kami meneruskan perancangan perkahwinan yang dah dibuat. Kita kena tunggu ke5 covld ini semakin pulih baru langsungkan.
“Semua telah dirancang dengan rapi tetapi nampaknya kita kena merancang semula agar bersesuaian dengan keadaan sekarang,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 15 Ogos tahun lalu. Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan awal tahun ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : ROTIKAYA
Be the first to comment on "Syamel Pasrah Majlis Nikah Kena Tangguh"