Raja Thailand Kerabat Paling Kaya Di Dunia, Ini Jumlah Hartanya Pasti Buat Ramai Terkejvt

Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan menduduki tangga pertama dalam senarai lima kerabat paling kaya di dunia. Raja Thailand itu mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$43 bilion (RM174.10 bilion).

Lebih mengejutkan, Ratu England, Ratu Elizabeth tidak berada dalam senarai ini. Lima kerabat diraja yang berada dalam senarai dilaporkan berasal dari negara Asia dan Afrika.

Menurut sumber, kekayaan yang dimiliki oleh Raja Maha Vajiralongkorn adalah 100 kali ganda berbanding dengan kekayaan Ratu Elizabeth yang dianggarkan bernilai 350 juta Pound (RM1.93 bilion).

Sebahagian besar harta yang dimiliki oleh Raja Thailand ini adalah daripada 23 peratus pegangan saham di Bank Komersial Siam dan Kumpulan Siam Cement. Malah, Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan mempunyai 38 pesawat jet dan helikopter.

Di tangga kedua pula diduduki oleh Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei. Sultan Hassanal mempunyai kekayaan sebanyak AS$28 bilion (RM113.37 bilion), yang kebanyakannya adalah hasil daripada industri minyak dan gas.

Untuk tangga ketiga, ia adalah milik Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud yang memiliki harta sebanyak AS$18 bilion (RM72.88 bilion).

Menurut laporan, kekayaan Raja Salman adalah daripada perniagaan keluarga yang dianggarkan bernilai AS$1.4 trilion (RM5.5 trilion). Salah satu daripada perniagaan yang dimiliki adalah syarikat minyak, Saudi Aramco.

Tangga keempat pula dimiliki oleh Emir Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan yang mempunyai kekayaan bernilai AS$15 bilion (RM60.73 bilion). Kebanyakan kekayaan yang dimiliki adalah daripada pengurusan rizab minyak berlebihan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI pula menduduki di tangga terakhir senarai dengan jumlah kekayaan bernilai antara AS$2 bilion dan AS$8 bilion (RM8.09 bilion dan RM32.39 bilion).

Menurut laporan, Raja Mohammed VI mewarisi 35 peratus kepentingan dalam syarikat milik mendiang ayahnya, Société Nationale d’Investissement (SNI).

 

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: LOBAKMERAH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Raja Thailand Kerabat Paling Kaya Di Dunia, Ini Jumlah Hartanya Pasti Buat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*