Pembaca Berita TV3 Salah Sebutan Bahasa Inggeris, Sekali Ini Reaksi Adibah Noor Buat Ramai Terkejvt

MENYEDARI kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

“Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud meny1nggung)… tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran.

“Memang perkataan w1ld yang bermaksud liar disebut w1ld. Tetapi w1lderness yang membawa maksud tempat hidupan l1ar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya.

“Jangan mar4Ramah okay!” katanya sambil menyertakan tanda pagar (hashtag) betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Rakan artis turut memuji perkongsian Adibah Noor di laman Instagram.

Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter.

Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut.

Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai.

Antara komen pengikut di laman Twitter.

“Terima kasih pengetua Oh My English, sejak anak tengok YouTube kartun orang putih saya pun kena banyak belajar bahasa Inggeris… banyak ayat-ayat dia yang saya pun tak tahu.

“Tak pandai tak apa tapi kena ada keinginan untuk belajar. Dah tahu tak pandai, kena ulang kaji dulu. Part pronunciation, past tense, present tense dan future tense banyak yang gagal.

“Teruskan buat content macam ni, dapat kita ilmu baharu… kalaulah cikgu bahasa Inggeris saya macam ni masa sekolah dulu, mesti dapat markah baik,” antara komen pengikut.

Sebelum ini, Adibah Noor yang merupakan guru bahasa Inggeris kerap berkongsi cara sebutan dan ejaan yang betul di laman sosial miliknya.

Malah, penyanyi Haqiem Rusli juga pernah menerima teguran apabila sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun tidak jelas dan kurang difahami.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pembaca Berita TV3 Salah Sebutan Bahasa Inggeris, Sekali Ini Reaksi Adibah Noor Buat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*