Esok Genap Setahun Pemergian Arwh Abam, Ini Luahan Achey Buat Ramai Sebak

Kuala Lumpur: Pelawak dan penyanyi, Achey, 35, mengakui perasaan rindunya dan Fad terhadap sahabat baik mereka, Allahyrham Abam Bocey tidak pernah berkurang walaupun esok genap setahun Abam men1nggal dunia.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata, pemerg1an Abam pada 10 Februari tahun lalu bukan satu keh1langan kerana dia dan Fad merasakan Abam sentiasa ada bersama dengan mereka.

“Bagi terus mengenang Abam ada bersama kami dan mengh1langkan sedikit rindu, saya biasanya akan membuat perkongsian di Instagram sama ada sekali atau dua kali seminggu mengenai kebaikan serta kegembiraan yang ditinggalkan Abam.

“Dengan perkongsian ini, semoga Abam terus diingati oleh kita semua dan doa tanpa henti sentiasa ditit1pkan buatnya. Saya percaya, ramai orang yang mendoakan kesejahteraannya,” katanya kepada Harian Metro.

Berbicara mengenai perancangan Bocey, Achey berkata, dia dan Fad dalam perancangan menubuhkan perniagaan dan keuntungan diperoleh akan disalurkan ke rumah anak yatim yang pernah dibantu Abam.

“Kami juga merancang untuk memperkenalkan saluran YouTube Bocey dan berkongsi ‘content’ menarik buat tontonan pelanggan yang mana jika berjaya, hasil dari situ juga kami akan sumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang pernah dibantu Abam,” katanya.

Menurut Achey, mereka mahu meneruskan segala kerja amal dan kebajikan yang ditinggalkan Abam buat mereka.

Katanya, segala kerja baik yang ditinggalkan itu, Insha-Allah akan mereka sambung.

Selain itu, Bocey juga akan terus bergerak berdua dalam memenuhi tawaran program TV yang disertai. Katanya, jika sampai ketikanya bergerak seorang pun, ia tetap berpaksikan nama Bocey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meningg4l dunia di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengal4mi dem4m.

Allahyrham meninggalkan b4lu, Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tujuh bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Esok Genap Setahun Pemergian Arwh Abam, Ini Luahan Achey Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*