“Nampak Kaki Kata Dah Hijrah…” Kec0h Bila Jue Aziz Dikatakan Sudah Berpurdah?

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Jue Aziz tul4r di media sosial selepas dia dikatakan sudah berniqab. Meskipun wajah tersebut kelihatan kurang jelas, namun berdasarkan perbandingan yang dibuat segelintir daripada mereka mendakwa kening dan warna kulit wanita itu seakan sama dengan pelakon yang pernah popular menerusi drama Manjalara suatu ketika dahulu.

Hanya Pelanduk Dua Serupa 

Bagaimanapun, menerusi carian  mendapati wanita yang dimaksudkan sebagai Jue itu hanyalah pelanduk dua serupa. Menariknya, difahamkan wanita itu sebenarnya pengasas kepada jenama Diamond Gold Beauty, Nur Nazirah Aleeya.

“Jarang-jarang saya buat posting. Tapi disebabkan dah v1ral, saya rasa saya perlu tampil membuat kenyataan walaupun pada mulanya saya nak biarkan cerita “Jue Aziz berniqab” berlalu macam itu je”

“Macam-macam komen netizen, ada yang mencuit hati ada juga yang sakit mata baca, perasan Jue Aziz lah dan macam-macam lagi”

“Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold” dedahnya

Sekadar Gurauan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

Tampil menjelaskan lebih lanjut mengenai ciapan yang tul4r itu, menurut Nazirah pada mulanya ia hanya sekadar gur4uan antara kakitangannya yang merakam video berselor0h mengatakan wajahnya mempunyai iras Jue Aziz selepas dua bulan tampil berniqab. Tidak kurang juga yang menyamakannya seperti Datin Sri Zizie Ezette

“Untuk pengetahuan ramai video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dan staff saya”

“Apa kena mengena Jue Aziz dan saya? Jujur cakap tiada pertalian dar4h langsung”

“Cumanya, saya biasa terima usikan daripada staff dan kebanyakan orang yang bertemu saya. Mereka kata wajah dan suara saya seperti Jue Aziz” katanya

Bagaimanapun, video tersebut tampil sebaliknya apabila ada segelintir yang mempertikaikan penampilan terkini ‘Jue’ yang dikatakan memperlihatkan kakinya meskipun sudah berhijrah.

Jelas Nazirah, ramai yang salah sangka kerana ketika itu dia memakai stoking berwarna kulit sekaligus menolak dakwaan berkenaan. Di kesempatan itu, Nazirah turut memohon maaf kepada Jue dan mana-mana pihak yang tersinggung dengan gurauan antara mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/99894/tular-di-media-sosial-jue-aziz-sudah-berpurdah/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nampak Kaki Kata Dah Hijrah…” Kec0h Bila Jue Aziz Dikatakan Sudah Berpurdah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*