“Dia Kacau Hidvp Saya Lagi! Kurang Kasih Sayang Ke?” Rita Rudaini

Bukan tidak ‘move on’ dengan titik hitam keg4galan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak, sejak lapan tahun lalu.

Namun, aktres, Rita Rudaini kembali ‘berbunyi’ selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suamiya menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini.

Aidil memuat naik status pembayaran nafkah terhadap dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10. Namun, lebih mengec3wakan apabila Aidil terlebih dahulu membuat pengecualian cukai, sedangkan Rita bersusah payah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Rita berkata, dia mengenali bekas suaminya luar dan dalam selepas empat tahun menyulam cinta, sebelum disatukan sebagai suami isteri.

“Saya percaya ia bukan kenyataan Aidil. Ini kerana Aidil bukanlah jenis suka membuat luahan panjang lebar dalam laman sosial. Saya pelik kenapa orang sebelah sana pula mer0yan?

“Kenapa masih berterusan mengg4nggu hidup dan selalu ‘sk0deng’ akaun IG saya? Dia sudah dapat apa yang dimahukan dan suami pun ada depan mata, tetapi kenapa masih nak kac4u hidup saya? Mungkin kurang kasih sayang?” persoal Rita.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan ‘ser4ngan’ sebelah sana, Rita turut memb0ngkar semula kisah bekas suami yang did4kwa tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.

Bagaimanapun, tind4kannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat ser4ngan netizen. Mereka menggelar Rita ‘g1la mer0yan’ dan ‘g1la t4lak’ kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu.

Rita berkata, dia tidak berniat mengungkit semula kisah cerita lama, tetapi terpaksa berbuat demikian berikutan netizen kerap menvduhnya tanpa usul periksa.

Kredit foto: IG Rita

“Mereka minta saya b0ngkar, jadi saya terpaksa ungkit kisah Aidil tidur di rumah hampir seminggu, sebulan sebelum berumah tangga. Saya selebriti, ramai orang kenal dan saya jenis tidak suka berpura-pura.

“Orang tudvh saya tak beri Aidil jumpa anak. Jika betul, saya takkan izinkan Aidil bermalam di rumah untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Sebenarnya, saya berat hati mengizinkan Aidil tidur di rumah, tetapi mungkin ini sahaja peluang yang ada untuknya menatap anak, jadi saya izinkan. Lagi pun, saya kasihan pada Aidil, setiap hari, jam 6 pagi bergegas pulang ke Kelana Jaya dan datang semula pada sebelah malam,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gila dan Rahsia Hati itu berkata, anak keduanya baru pandai berjalan dan bercakap ketika itu.

“Waktu diperkenalkan kepada Aidil, Arjuna terpinga-pinga. Saya suruh Arjuna panggil Aidil dengan panggilan ‘daddy’. Arjuna terlalu kecil, jadi sukar untuk dijelaskan maksud ‘daddy’. Tetapi, dia ikut sahaja permintaan saya.

“Namun, apa yang sedihnya, melihat Aidil sudah tiada apabila bangun pagi, Arjuna bertanya kenapa daddy meninggalkannya. Memang sebak kerana anak kecil sepertinya tak faham erti perpisahan. Itulah kali terakhir Arjuna bertemu Aidil,” katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia tidak pernah menghalang Aidil bertemu anak kerana tahu, bekas suaminya mempunyai hak ke atas darah dagingnya. Malah, dia juga tidak mampu menidakkan, Aidil menyayangi Ryan dan Arjuna, tetapi ada penghalang hubungan mereka.

“Saya tahu Aidil sayangkan anaknya. Boleh dikatakan setiap hari Aidil membuat panggilan video mahu bercakap dengan mereka selepas insiden tidur di rumah.

“Aidil pernah beritahu, mungkin peluang berjumpa anak agak sukar selepas berkahwin, tetapi saya tidak mahu menekannya, hanya pesan cubalah cari ruang.

“Ketika baru berkahwin, Aidil tak lupa menghubungi anak-anak, malah bercakap berjam-jam. Jika kerja di luar daerah, Aidil tetap ingat anak hinggalah bulan ketiga selepas berkahwin. Aidil pernah ‘kantoi’ dengan isteri barunya ketika sedang membuat panggilan video bersama anak.

“Sejak ‘amukan’ berlaku, Aidil sudah tidak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna,” kata Rita.

Rita berkata, ada sesekali bekas suami menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza.

“Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya,” katanya yang tidak pernah terhegeh-hegeh mahu menagih kasih Aidil semula.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Bh Online

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia Kacau Hidvp Saya Lagi! Kurang Kasih Sayang Ke?” Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*