“Omputeh Mane Ni” Adik Neelofa Berambut ‘Blonde’ Jadi Buah Mulut Netizen

Nama Ameera Khan semakin mencuri perhatian media sosial apabila kerap tampil bergaya dengan pelbagai posing menarik di Instagram.

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini juga cukup berani dalam berfesyen dan kadang kala mengundang kecaman kerana dilihat kurang bersesuaian dengan pandangan mata masyarakat Malaysia.

Walau bagaimanapun, muat naik gambar terbarunya di Instagram dengan berambut palsu berwarna putih keperangan telah kembali menjadi buah mulut netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Penampilan Ameera yang persis penyanyi lagenda Hollywood, Marilyn Monroe ketika melancarkan produk kosmetik keluarannya telah meraih pelbagai komen pujian daripada rakan-rakan dan peminatnya.

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen memuji penampilan ‘luar biasa’ personaliti media sosial itu kerana sentiasa terlihat gorgeous dalam setiap gaya gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Adik Neelofa, Ameera ‘belanja’ pvnggung, guna krim berharga ribuan ringgit

PETALING JAYA – Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk pvnggungnya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut bertujuan memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit.

Menerusi entri yang dimuat naik sebentar tadi, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, 21, memaparkan bentuk punggvngnya sambil menunjukkan sejenis produk pelembab jenama antarabangsa dengan kapsyen: “Melembabkan” dan diikuti dengan emoji berbentuk buah pic mewakili bentuk puvnggung.

Perkongsian tersebut tular dan menjadi bualan netizen yang menganggap tindakannya memuat naik gambar tersebut sebagai tidak sennoh dan memalukan.

“Tak rasa malu ke buat hantaran seperti ini?” kata salah seorang pengikutnya.

Seorang lagi pengguna Instagram turut meninggalkan komen bertanyakan, sama ada keluarganya menyukai perlakukan sebegitu.

Lebih mengejutkan, hasil carian netizen mendapati krim tersebut dijual pada harga RM1,024 dan dianggap terlalu mahal untuk disapu pada bahagian pnggung.

Terdahulu, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan gaya bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna coklat muda seakan-akan sedang berbogel. – K! ONLINE

 

Sumber:littlemiskhan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/02/14/omputeh-mane-niadik-neelofa-berambut-blondedah-macam-marilyn-monroe/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Omputeh Mane Ni” Adik Neelofa Berambut ‘Blonde’ Jadi Buah Mulut Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*