“Bukan nak backup kawan tapi…” – Ada Netizen Samakan Rina Harun Dengan Syed Saddiq, Ini Respon Co-Founder Parti Muda

Selepas menunjukkan transformasi diri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil membuat sesi fotografi.

Foto yang menampilkan beliau memakai baju kurung Pahang klasik itu viral apabila ia dikongsikan oleh seorang pereka fesyen terkenal.

Disebabkan itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam ada juga yang anggap ia bukanlah satu perkara yang harus dijadikan isu memandangkan ada ‘menteri’ sebelum ini juga pernah melakukan sesi fotografi.

Bukan nak backup kawan tapi…

Ada pihak ‘ungkit’ bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq yang juga pernah menjalani sesi penggambaran sebelum ini.

Disebabkan pertikaian terhadap pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu v1ral, ia membuatkan co-founder parti tersebut, Lim Wei Jiet tampil untuk membidas pert1ikaian tersebut.

Menurut Lim Wei Jiet, Syed Saddiq melakukan penggambaran bukan saat beliau menyandang jawatan sebagai menteri, tetapi sebelumnya.

Katanya lagi, saat penggambaran ini dijalankan, waktu itu bukanlah ketika pandemik di mana rakyat kebvluran perlukan bantuan Kementerian Wanita dan Keluarga Malaysia.

Tambahnya lagi, ahli politik membuat sesi fotografi ini sebenarnya tidak akan menjadi satu isu kalau..

Kenyataannya mendapat sokongan netizen, mereka berpendapat bahawa ada sahaja menteri/ahli politik melakukan sesi fotografi baik dari dalam mahupun luar negara.

Namun begitu, ramai juga yang memuji dengan penampilan baru Rina Harun yang cukup mempersonakan apabila memakai busana tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://lobakmerah.com/bukan-nak-backup-kawan-tapi-ada-netizen-samakan-rina-harun-dengan-syed-saddiq-ini-respon-co-founder-parti-muda/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bukan nak backup kawan tapi…” – Ada Netizen Samakan Rina Harun Dengan Syed Saddiq, Ini Respon Co-Founder Parti Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*