Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.
Sebaik menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.
Dalam satu hantaran di Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.
” Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
” Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
” Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 6,000 ulang ciap dan hampir 9,000 tanda suka.
Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin ku.rus dan bergaya.
Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang.
Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima keca.man netizen.
Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.
“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook.
Reaksi PU Rahmat
Sementara itu, isu yang membabitkan sebutan Bahasa Inggeris YB Rina yang dibangkitkan oleh Adibah Noor itu bukan sahaja mendapat reaksi orang ramai, malah turut mendapat respon dari Pencetus Ummah (PU) Rahmat.
” Sudahlah troll orang lain, ni la perangai buat bangsa kita tak maju. Ayuh ubah paradigma kita.
” Sebagaimana aku tidak mentertawakan English YB Mat Sabu, begitu juga English YB Rina.Dari dulu aku konsisten, English hanya sekadar bahasa dan bukan ukuran kecerdikan seseorang.
PU Rahmat kemudian memberi nasihat kepada YB Rina agar memanfaatkan kemampuannya dari segi kewangan untuk membayar tutor bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris.
” YB Rina, kamu ada duit untuk slim, bayar private tutor untuk ajar kamu sebutan yang betul dan karisma. Belajar berucap,” tulis PU Rahmat di Instagram beliau.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber:maIaysiakini dan IG PU Rahmat
Be the first to comment on "Adibah Noor Ajar Sebutan Bahasa Inggeris Menteri. Sekali Ini Respon Padu PU Rahmat"