Nak jadi madu Ayda Jebat?

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan menerima kiriman mesej daripada pengikut yang berhasrat untuk menjadi isteri kedua suaminya, Nabil Mahir.

Ayda berkata, menerusi perbualan di mesej peribadi, wanita terbabit mengakui Nabil memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ini tetapi tak jumpa-jumpa lagi,” tulis wanita berkenaan.

Bagaimanapun, Ayda yang menerima mesej tersebut tidak melenting atau marah, tetapi menolak hasrat wanita itu dengan cara yang baik.

Ayda yang berkongsi paparan tangkap layar itu di Instagram Story miliknya berharap wanita itu menemui cinta bahagianya.

“Salam, awak ini comel lah. Jadi madu tak bolehlah, saya cub1t awak nanti. Nakal ya. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik. Insya-Allah dan Istikharah! Selamat berjaya awak,” balas Ayda.

Ayda dan Nabil selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis sederhana pada 1 Januari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nak jadi madu Ayda Jebat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*