Baru Je Ditamatkan Kontrak Oleh HOTFM, Sekali Ini Reaksi Shuk Buat Ramai Terkejvt

Kuala Lumpur: “Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar mengenai penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik dibuat pengurusan stesen radio popular itu.

Bagaimanapun, Shuk ketika dihubungi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut dan meminta diberi sedikit ruang.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pihak pengurusan Ripple mengumumkan perkhidmatan Shuk ditamatkan selepas tugasnya dig4ntung sementara pada 24 Januari lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataan berkata, hasil s1asatan dalaman yang dibuat mendapati kontr0versi membabitkan Shuk itu mel4nggar kontrak perkhidmatan.

Januari lalu, tul4r di media sosial mengenai perg0lakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pended4han berani di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, Sera mendedahkan Shuk masih lagi cur4ng bersama wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesal4han dilakukan dan dia menyes4l. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Ditamatkan Kontrak Oleh HOTFM, Sekali Ini Reaksi Shuk Buat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*