Mawar Karim Dah Kahwin?

Usahawan tudung yang juga bekas isteri kepada pelakon popular, Fizo Omar, Mawar Karim mencetuskan tanda tanya selepas memuat naik beberapa keping foto seakan-akan ingin menggapai tangan seorang lelaki.

Tiada angin tiada ribut, semalam ada individu yang dipercayai penata rias artis iaitu @tymfatimah, berkongsi sekeping gambar usahawan tersebut menerusi InstaStory.

Namun, apa yang menjadi perhatian dalam gambar berkenaan adalah Mawar telah siap disolek dan tampil cantik memakai busana pengantin berwarna putih.

“Congrats Mawar Karim,” tulisnya ringkas pada gambar terbabit.

Ternyata, kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut pasti mengundang persoalan dalam fikiran warganet yang melihatnya. Adakah Mawar sudah bernikah? Kalau benar, dengan siapa? Tidak sangka, diam-diam ubi berisi.

Tambahan lagi pada awal tahun ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu ada memuat naik gambar ‘tangan seseorang’ yang dihulurkan ke arah dirinya di laman Instagram.

Sejak itu ramai mula tertanya-tanya, adakah Mawar sudah berpunya dan siapakah gerangan jejaka bertuah tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini empunya diri masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai hal berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Berbalik semula kepada cerita asal tentang ‘pernikahan’ Mawar, apabila meninjau kembali ke InstaStory @tymfatimah, rupa-rupanya gambar berbusana pengantin itu bukanlah untuk majlis akad nikah, namun ia hanyalah untuk ‘photoshoot’ semata-mata.

Aduhai, tert1pu sudah para peminat tetapi, mesti ada juga yang berasa lega kan?

“Tak cukup syarat sah kahwin ni. Pengantin lelaki takde. Mawar Karim masih ‘available’,” tulis penata rias itu pada gambarnya.

Terdahulu Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pasangan itu telah bercer4i pada Julai 2019.

 

Sumber: Instagram @tymfatimah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/19/mawar-karim-dah-kahwin-tular-gmbar-berbusana-putih/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mawar Karim Dah Kahwin?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*