Bekas pelakon, Zul Yahya mengambil keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah dan memilih untuk mengutamakan ilmu akh1rat.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon itu berkata tindakannya itu adalah jalan terbaik dan apa paling penting adalah ilmu agama.
“Saya dan isteri berpakat ini jalan yang terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.”
“Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang penting adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akh1rat tetapi di dunia lagi,” katanya.
Bapa kepada enam orang cahaya mata ini mengakui ada yang bertanya sama ada dia tidak kasihankah akan masa depan mereka, namun Zul Yahya berkata dia percaya pada qada’ dan qadar.
“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.”
“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada dajjal?” katanya.
Turut berkongsikan satu kenyataan, Zul berkata bukan dia tidak mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya tetapi mahu mereka berjaya di akh1rat.
Zul turut memberi mengambil contoh dirinya yang tidak berpelajaran tinggi namun tetapi diberikan rezeki yang mencurah-curah sekiranya tidak berputus asa.
“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk. Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga,” jelasnya.
Zul mendirikan rumah tangga bersama isteri, Siti Raihan Mohd. Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan enam orang cahaya mata masing-masing tiga perempuan dan tiga lelaki berusia antara setahun hingga sembilan tahun
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/utamakan-ilmu-akhirat-zul-yahya-berhentikan-anak-sekolah/
Be the first to comment on "Ramai Pers0al Beliau Hentikan Anak Sek0lah, Akhlrnya ZulYahya Tampil Jelaskan Segalanya"