Lar4ngan Rentas Daerah Bukan Ikut Sempadan PDRM – Ismail Sabri

Larangan rentas sempadan dalam semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada daerah yang diketuai pegawai daerah, bukan sempadan pentabiran p0lis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui wujud kekeliruan mengenai perkara itu apabila terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM.

“Apabila kita sebutkan pergerakan dalam daerah dibenarkan tapi rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan… timbul kekeliruan mengenai rentas daerah.

“Ada dua sempadan daerah iaitu sempadan pentadbiran diketuai pegawai daerah dan satu lagi daerah p0lis.

“Sebenarnya kita tidak pernah guna sempadan daerah p0lis dari dulu, sebaliknya guna daerah di bawah pentadbiran pegawai daerah,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Mengenai individu yang telah dikompaun disebabkan kekeliruan itu, jelas Ismail, mereka boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.

“Perkara ini telah diperbetulkan, apabila saya sendiri memaklumkan kepada PDRM, daerah yang digunakan adalah daerah pentadbiran kerajaan iaitu diketuai pegawai daerah.

“Saya ingin memaklumkan bagi mereka yang dikenakan kompaun kes-kes begini, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun tersebut dikeluarkan,” katanya lagi.

Terdahulu, v!ral di laman sosial beberapa orang awam yang mendkwa dikenakan kompaun meskipun mereka berada dalam daerah dibenarkan

 

Sumber:Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lar4ngan Rentas Daerah Bukan Ikut Sempadan PDRM – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*