Isma Yusoof Tidak Dapat Selindung Lagi Transformasi Ketara Dirinya, Mahu Orang Ramai Terima Dirinya

KUALA LUMPUR: Nama Isma Yusoof, 39, tidak lekang mencetuskan pelbagai kontroversi, sejak dahulu. Namun, di sebalik cerita p4nas, bakat lakonan dan karya arahannya tidak boleh dipertikaikan.

Sejak kes memukul pelakon, Ika Nabila ketika menjalani penggambaran drama Dawai Asmara pada 2015, ada sahaja cerita p4nas yang timbul mengenai Isma.

Aktor yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2010 itu pernah membuat pendedahan mengh1dap peny4kit ment4l yang dikenali bip0lar dis0rder sejak 2009. Penyak1tnya boleh menyebabkan perubahan em0si yang terlampau dalam dirinya.

Mula dikenali menerusi drama Sutun 2, Isma sekali lagi mencetvskan kontr0versi apabila membuat pengakuan berani seorang transg3nder. Pengakuan dalam video yang dimuat naik menerusi laman Instagram menyebabkan Isma menjadi serangan netizen.

Bagaimanapun, Isma kurang selesa berbicara terlalu mendalam mengenai kontr0versi berkenaan. Sebaliknya, pengarah drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan itu mahu mengupas secara meluas isu kesihatan ment4l supaya netizen mempunyai kesedaran terhadap penyak1t berkenaan.

Mengulas kesihatan ment4lnya, Isma berkata, untuk pengetahuan, penyak1t bip0lar dis0rder tidak boleh sembvh dan tiada ubat yang boleh mengubati penyak1t ini. Apa yang ada hanyalah ubat untuk menstabilkan mood.

“Sekiranya ubah cara hidup, tidak terjebak aktiviti yang boleh mendatangkan tekanan dan mengambil pemakanan sihat, insya-Allah penyakit bipolar disorder boleh dikawal, jadi produktif dan menjalani hidup seperti manusia normal.

“Disebabkan itu, saya memilih tinggal di Langkawi selama dua tahun kerana kehidupan di sini tidak memenatkan. Di Kuala Lumpur, saya melihat orang terlalu mengejar duit hingga hilang nilai kemanusiaan dalam kehidupan.

“Selain itu, saya semakin boleh menerima penyak1t dihadapi dan dapat mengawal diri. Namun, mood saya tetap ada pasang surut, cuma saya lebih tahu bagaimana mengawal dan tidak keliru,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh pengakuan berani m4ti seorang transg3nder, Isma berkata, tujuannya memang ditujukan kepada ahli keluarga yang jauh mahupun dekat.

“Bukanlah mahu memalukan keluarga, tetapi mereka perlu menerima saya terlebih dahulu. Soal masyarakat terima atau sebaliknya, itu soal kedua kerana keluarga adalah sistem sokongan saya.

“Saya tak mampu berselindung lagi, saya perlu memberitahu keluarga supaya menerima saya seadanya. Alhamdulillah, mereka perlahan-lahan menerima dan memahami saya. Sekarang, saya memilih jujur dan berterus-terang. Ini kerana antara sebab saya ‘stress’ kerana terlalu banyak menyimpan perasaan. Saya juga tidak mahu menjadi munafik.

“Biarpun masih ada mengec4m, tetapi saya nampak, apabila bersikap jujur, maklum balas diterima lebih bersifat positif. Apabila saya tidak jujur dan memilih menyimpan seorang diri, itulah yang menyebabkan penyakit,” katanya.

Isma Yusoof bukan berniat memalukan keluarga, tetapi mahu mereka mengetahui keadaan dirinya seorang ‘transg3nder’. – Foto IG Isma Yusoof

Isma berkata, dia sudah bersedia dengan kec4man netizen.

“Dahulu, saya mungkin belum faham. Apabila kena kecam pernah juga terlintas mahu membunuh diri. Saya faham kenapa ramai artis K-Pop memilih untuk membunuh diri kerana tidak tahan menjadi mangsa serangan netizen.

“Bagi saya, netizen yang suka mengecam mungkin tidak gembira dalam hidup. Oleh itu, mereka menyalurkan kemar4han dan kebenc1an menerusi media sosial. Saya melihat netizen yang mengecam di kalangan mereka yang kurang kasih sayang, jadi saya memilih membalas kec4man dengan kasih sayang.

“Daripada membenc1, saya menjadi sayang kepada netizen. Saya perhatikan apabila melayan kec4man dengan positif, maklum balas diterima juga bertukar positif.

“Lagipun, apa yang saya belajar, mereka mengecam melalui perkataan, bukannya pisau yang menikam. Saya nampak, ramai artis hidup dalam ‘penjara perkataan’. Apabila faham ia sekadar kata-kata, bukannya anak panah, secara automatik kita boleh bebas daripada penj4ra perkataan yang menjadi punca tekanan,” katanya.

Isma atau nama sebenarnya, Muhamad Ismaizal Yusoof berkata, penyakit bipolar disorder berpunca daripada kurang kasih sayang dan perhatian keluarga.

“Saya sering berasa tidak disayangi sehingga membuat keputusan lari ke Langkawi selama dua tahun.

“Apabila berada di Langkawi, saya mendapat kasih sayang yang dimahukan, jadi penyakit semakin baik. Apabila saya semakin sihat, sudah tiba masanya saya membayar balik dengan cara memberikan sokongan terhadap abang yang menghadapi masalah ment4l, schizophrenia.

“Selepas sebulan menjaga abang, saya dapat melihat wajahnya berseri-seri. Bagi saya, untuk memulihkan kesihatan ment4l bukanlah dengan cara mengurung abang di hospital sak1t jiwa, sebaliknya berikan kasih sayang.

“Saya menawarkan diri menjaga abang kerana adik beradik lain sudah berumah tangga. Saya mempunyai 13 adik beradik, tetapi mereka sudah berkeluarga, hanya saya masih solo. Apabila semua ini terjadi, saya nampak Allah susun perjalanan yang cukup cantik,” katanya.

Akuinya, sebelum ini, dia sering persoalkan kenapa Allah jadikannya seperti ini, tetapi sekarang, barulah nampak fungsinya.

“Allah jadikan saya begini supaya dapat menjaga ibu yang sudah berusia dan abang,” katanya.

Isma berkata, dia juga tidak berhasrat meninggalkan dunia seni, cuma berehat seketika.

“Awalnya, saya agak risau. Saya fikir siapa nak bayarkan sewa rumah dan kereta ibu, siapa nak bagi saya dan abang makan.

“Namun, saya percaya Allah pemberi rezeki. Selama dua tahun hidup merempat di Langkawi tanpa kerja, tetapi saya boleh hidup. Saya percaya pasti ada jalan yang Allah akan lorongkan.

“Adik beradik membuat keputusan mengumpul duit untuk perbelanjaan saya dan abang. Keluarga saya berpecah belah, namun dengan apa yang berlaku, kami kembali bersatu. Insya-Allah, saya akan menjaga abang hingga mampu berdikari,” katanya.

Katanya, dia tidak mahu fikir lambat atau cepat kembali ke dunia.

“Jika Allah berikan rezeki dan abang cepat pulih dan boleh berdikari, jadi saya boleh keluar mencari rezeki semula. Saya yakin rezeki di tangan Allah, bukan manusia. Saya tidak ral4t mahupun takut jatuh misk1n,” katanya.

KREDIT:Bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:http://www.awatttsyeikhh.com/isma-yusoof-tidak-dapat-selindung-lagi-transformasi-ketara-dirinya-mahu-orang-ramai-terima-dirinya/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isma Yusoof Tidak Dapat Selindung Lagi Transformasi Ketara Dirinya, Mahu Orang Ramai Terima Dirinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*